Sudah 2 Bulan Berlalu, Bakal PM Sepanjang Zaman Dah Bisu Nak Jawab?
Melemparkan tuduhan memang senang, ianya semudah meludah ke langit tapi si peludah harus awas dan berhati – hati kerana ludahan tersebut pasti kembali kerana hukum alamnya sudah begitu. Persoalannya kenapa si peludah berkenaan hanya diam apabila ludahannya dibalas oleh langit. Elaklah sedikit atau berilah maklumbalas kepala alasan penangguhkan selama 2 bulan berkenaan. tetapi tidak mengapalah kita beri peluang kerana beliaukan Raja Tangguh. Kita bagi Bossku lipat dulu..
Banyak “dosa-dosa” ni.
Tempoh dua bulan dah berlalu.
Bakal PM ke-5/6/7/8/9 dah balas posting ini untuk buktikan Najib ialah penipu?
Dia tuduh, saya jawab.
Tapi bila saya jawab, dia membisu pulak.
Kenapa?
Susah sangat nak sangkal ke “dosa-dosa” ini?
Bakal PM-5/6/7/8/9, baca perlahan-lahan. Sila sangkal “dosa-dosa” ini:
DOSA 1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.
Saksi telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. (tengok gambar)
Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib dengan pertolongan 1MDB.
Jika belum, kenapa PH sejak tahun 2012 tidak pernah lagi bangkitkan tuduhan ini yang dulu korang kata merugikan negara sebanyak RM20 bilion setiap tahun?
Adakah RM20 bilion X 20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/
DOSA 2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/
DOSA 3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?
Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara?
Kita tanya PM ke-7:
“Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.
“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.
17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
https://selangorkini.my/
DOSA 4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?
Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:
12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia’s best assets, beckons investors to take part in development
https://www.nst.com.my/
DOSA 5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pula PH tak pernah jawab bahawa Najib dah selesaikan wang yang didakwa hilang dan syarat kembalikan wang ini ada dalam perjanjian penyelesaian?
Keran jika diberitahu kepada Rakyat maka 1MDB tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu masa untuk dibayar balik) dan Najib bukan perompak atau penyamun.
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/
https://www.facebook.com/
SOALAN CEPUMAS TAMBAHAN: Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. Kenapa dalam masa 22 bulan rejim gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?
Kerana hutang itu memang belum sampai tempoh untuk dibayar. Siapa yang suruh kita perlu bayar segala hutang ini sekarang?
Hutang ini adalah sampai tahun 2038 – iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan dengan sepenuhnya?
Selain wang yang dibayar balik oleh PH, hutang RM32 bilion juga akan dibayar balik dengan keuntungan serta pulangandari projek-projek tersebut.
Lagipun, kenapa pula hutang RM32 bilion yang banyak aset boleh memufliskan negara tetapi rejim gagalkrasi PH tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara pulak?
Posting bakal PM ke-5/6/7/8/9:
https://www.facebook.com/
You must be logged in to post a comment.