Jasa PH Kurangkan Harga Internet Unifi & Mobile Data? Nanti Dulu…..
Kini tersebar berita mainan RBA mengenai 50 Jasa PH semasa memerintah negara dalam media sosial. 50 jasa ini sepatutnya dikenali sebagai 50 kencing PH dalam masa 22 bulan sbb “Jasa” PH nombor 1 (kurangkan harga Unifi dan mobile data) pun dah tipu.
Inilah kebenarannya.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156671685135952
Kerja PH asyik claim kredit je..
Penurunan harga broadband dan internet yang kita tengok hari ini sebenarnya sudah diwartakan oleh kerajaan BN dahulu pada tahun 2017.
Kadar baru sudah lama ditetapkan sebelum PH ambil alih pada PRU14.
Warta kerajaan untuk Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) melalui SKMM yang berkuat kuasa pada 1hb Januari 2018 mengarahkan semua Telco untuk menurunkan harga broadband dan Internet masing-masing setiap tahun secara drastik bermula tahun 2018 hingga ke tahun 2020.
Harga panduan broadband dan internet ini sudah ditetapkan dalam dokumen MSAP ini yand dimuataik ke laman SKMM pada Disember 2017 lalu sebelum PRU14: https://www.skmm.gov.my/…/media/G…/pdf/MS-Access-Pricing.pdf
Mujur Gobind yang jaga kementerian telekomunikasi dan bukan Guan Eng.
Jika Guan Eng yang jaga, sudah lama dia tak henti-henti claim kredit.
https://www.thestar.com.my/…/telcos-offering-cheaper-broadb…
Tak percaya? Cuba tanya Guan Eng atau Gobind soalan ini:
Adakah kamu bertanggung jawab untuk MEWARTAKAN Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) melalui SKMM yang berkuat kuasa pada 1hb Januari 2018 yang mengarahkan semua Telco untuk menurunkan harga broadband dan Internet masing-masing setiap tahun secara drastik bermula tahun 2018 hingga ke tahun 2020 mengikut kadar yang telah ditetapkan?
FB: Najib Razak