‘Hukum pemandu mabuk bunuh abah, mama’

BUTTERWORTH – Trauma dan marah setiap kali mendengar berita kemalangan maut yang berpunca daripada pemandu mabuk membuatkan lima beradik yatim piatu terkenangkan peristiwa hitam yang meragut nyawa ibu bapa mereka.

Nur Afni Nirwani Khairizul, 16, dan empat adik-adiknya, Nur Istana Nadira, 14; Nur Erna Nabila, 12; Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran, 2 tidak menduga akan kehilangan dua insan paling disayangi selepas motosikal yang dinaiki ibu bapa mereka dirempuh pemandu mabuk pada awal Februari lalu.

Katanya, nahas yang meragut nyawa dua insan kesayangan mereka berlaku di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara-Selatan menghala Utara dekat susur keluar ke Perai.

Bapa mereka, Khairizul Mohamad Noor, 38, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.Selang beberapa bulan, ibu mereka Zuriana Hasan, 35, pergi menghadap Ilahi selepas bertarung nyawa di unit rawatan rapi.“Kami mahukan pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian abah dan mama dikenakan hukuman setimpal.

“Tolong bagi hukuman paling berat kerana insan tidak berdosa menanggung akibatnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Lima beradik yatim piatu bergambar bersama Allahyarham Khairizul (tiga dari kiri) dan Allahyarham Zuriana (tiga dari kanan) pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Lima beradik yatim piatu bergambar bersama Allahyarham Khairizul (tiga dari kiri) dan Allahyarham Zuriana (tiga dari kanan) pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker