Dr. Mahathir Sipelupa Yg Korbankan Jawatan Untuk Halang Anwar Jadi PM
Tulisan ini diambil dari catatan FB Tan Sri Shahrir Samad @ Uban Mantan MP Johor Baharu
Tahniah Datuk Hamzah Zainuddin!
Apa yang diceritakan olih Hamzah Zainuddin itu mengesahkan rumusan saya sebaik sahaja Tun Dr Mahathir letak jawatan PM.
Saya telah memberitahu CNA sebenarnya ianya bertujuan menafikan DS Anwar Ibrahim dari menjadi PM. Secara langsung ia juga melumpuhkan kerajaan PH dan membuka jalan untuk PPBM mengekalkan jawatan PM dengan sokongan BN, PAS dan GPS.
Pada 12hb Disember 2019, iaitu lebih dua bulan sebelum perletakkan jawatan PM oleh Tun Dr Mahathir, seorang ahli parlimen PPBM yang melompat keluar dari BN telah makan tengahari dengan saya.
Saya dijemput makan, saya yang banyak mendengar.
Saya dimaklumkan oleh ahli parlimen itu, akan berlaku “rampasan kuasa” atau coup d’etat dalam PPBM.
Ketika mendengar itu, saya terfikir dua perkara. Satu, pasti tertekan betul PPBM dengan keputusan PRK Tg Piai! Penolakan “total” calon PPBM oleh pengundi2 Tg Piai sehingga membahayakan kelangsungan parti itu seterusnya. PRK Tg Piai lah yang menginsafkan pemimpin2 PPBM. Ditolak oleh pengundi walaupun sudah berkuasa di peringkat pusat, negeri dan tempatan hampir 2 tahun!
Kedua, tentunya Tun Dr Mahathir tahu tentang gerakan ini. Pada saya, agak mustahil orang seperti Tun Dr Mahathir tidak tahu mengenai sesuatu gerakan yang pastinya perlu kepada persetujuan TS Muhyuddin dan Azmin Ali, sekurang-kurangnya.
Jadi kalau apa yang dikatakan olih DS Hamzah itu benar, mengapa pula hari ini, Tun Dr Mahathir pula bertindak seolah-olah dia dikhianati olih TS Muhyiddin dan pemimpin2 PPBM yang lain?
Jawapan kepada soalan ini diberi kepada saya pada 12hb Disember 2019 olih ahli parlimen PPBM itu: Tun Dr Mahathir akan lupa apa yang dia cakap atau diberitahu selepas EMPAT hari kemudiannya.
Mendengar “diagnosis” itu, saya tersenyum sahaja kerana kalau saya menokok tambah, saya akan disahkan prejudis saya terhadap Tun Dr Mahathir.
Saya menjawab kepada ahli parlimen itu: UMNO bolih terima TS Muhyiddin. Atau “TS Muhyiddin is acceptable to UMNO.”
Kami pun beredar dari tempat makan itu. Kemudiannya di Kimanis ketika PRK, saya mula mendengar berbagai adunan perkongsian kuasa diantara BN, PAS dan PPBM bersama puak Azmin Ali.
Turut juga, selepas itu, saya dipanggil olih Presiden UMNO untuk saya memberi pendapat saya kepada satu gabungan politik baru.
Saya bukanlah berkedudukan tinggi dalam parti. Hanya seorang ketua bahagian. Tidak juga seorang ahli parlimen yang mempunyai kedudukan untuk tawar menawar di peringkat yang tinggi.
Tapi, kalau saya diberitahu tentang apa yang sedang dirancangkan di peringkat tertinggi parti dan kerajaan, adalah mustahil Tun Dr Mahathir, yang berada di puncak kuasa itu, tidak pula tahu.
Betullah apa ahli parlimen PPBM (Lompat) beritahu saya pada 12hb Disember 2019.
Tun Mahathir akan lupa apa yang diberitahu dan diputuskan bersama selepas 4 hari kemudiannya.
DS Hamzah tidak akan gunakan “diagnosis” keadaan ingatan Tun Dr Mahathir ini kerana di hatikecilnya itu, Hamzah pastinya ada perasaan terima kasih kepada Tun kerana sanggup “berkorban” jawatan PM sekalipun. Asalkan Anwar Ibrahim tidak jadi PM.