Bila Bill Air di Selangor melambung naik kerana PKP ?

Pada 2008 Kerajaan PH Negeri Selangor telah membuat langkah popular dengan memberi Air Percuma 12 cubic meterpadu kepada semua rumah di Selangor.

Kempen Air percuma ini diteruskan selama 2 penggal sehinggalah pada penggal PRU14 sekarang, kempen ini diberhentikan.

Persoalan saya ialah dimanakah janji Kerajaan PH Negeri Selangor yang dikatakann ” Peduli Rakyat”?

Rakyat kini bukan sahaja tersepit dalam isu wabak Covid-19 tetapi juga ramai yang kini mengalami masalah ekonomi seperti hilang pendapatan dan hilang kerja.



Kenapa Kerajaan PH Negeri Selangor di bawah Syarikat Air Selangor tidak mengambil langkah bijak dengan memberi kelonggaran pembayaran penangguhan kepada pengguna air di Selangor khasnya kepada pengguna di rumah dan di sektor ekonomi SME ?

Kenapa tidak dikembalikan Kempen Air Percuma kepada Rakyat Selangor yang kini amat terkesan akibat wabak Covid-19 ini?

Nampaknya Kerajaan PH Negeri Selangor sudah tidak lagi mengendahkan kesusahan rakyat Selangor dan lebih mementingkan keuntungan khasnya di dalam isu bill air yang melambung tinggi akibat PKP?

Adzly Ab Manas
Peguambela Peguamcara
Setiausaha Agong
Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota PERKATA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker