Dr M tak akan cabar keputusan PPBM kerana tiada kesan, kata Najib
Najib Razak yakin Dr Mahathir Mohamad tidak akan membawa isu melibatkan keahliannya dalam PPBM ke mahkamah kerana tahu ia tidak akan memperoleh manfaat susulan tindakannya semasa menjawat tugas sebagai perdana menteri ke-4.
Najib berkata, Mahathir tidak boleh berbuat demikian kerana tindakannya sendiri yang meminda Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan parti sebelum ini.
“Pindaan ini secara terang menyatakan keputusan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.
“Jika bawa ke mahkamah maka keahlian parti dia akan dibatalkan secara automatik seperti ditulis dalam undang-undang negara serta perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan, keputusan sesuatu parti politik atau perlembagaan parti adalah muktamad dan konklusif. Keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji, dibatalkan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
Malah, Seksyen 18C Akta Pertubuhuhan 1966 turut menyatakan, tidak ada mana-mana mahkamah mempunyai bidang kuasa, melayani atau memutuskan apa-apa guaman, permohonan atau prosiding atas apa-apa alasan berkenaan dengan kesahan keputusan itu.
Jelas Najib, Mahathir bertindak sedemikian kerana pada 1987 dalam keputusan pemilihan parti dan jawatan presiden Umno, Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
“Akibatnya, Umno lama terpaksa dibubarkan setelah diharamkan oleh mahkamah tinggi pada tahun seterusnya.
“Masa dia tubuhkan Umno baru untuk ganti Umno, dia pinda Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan parti untuk elak dia dicabar dalam mahkamah sekali lagi,” katanya.
Terdahulu, surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja PPBM, Muhammad Suhaimi Yahya memaklumkan keahlian Mahathir bersama 4 pemimpin lain, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Amiruddin Hamzah dihentikan serta-merta selepas mengingkari parti.
Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin turut menegaskan 5 pemimpin itu bagaimanapun tidak dipecat, tetapi keahlian mereka “terhenti” kerana melanggar perlembagaan PPBM.
Ini yang dipanggil karma atau bidalan meludah ke langgit kahak jatuh bertepek ke muka sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung. Padan muka kerepot kau!!!