Pembelian Software Israel Selepas PRU14, Cuba Tanya PM7 & Mantan KP SPRM – Najib Razak
Nakal betul Mkini dan Malaysia Dateline (lidah parti PAN) ini.
Dorang petik artikel entah dari mana untuk tuduh saya beli software pengintipan milik syarikat Israel melalui sebuah negara Siprus untuk intip pembangkang masa itu.
Tapi jelas dalam artikel yang dorang petik itu, tuduhan adalah:
1. Perjanjian pembelian Fasa 1 yang dikatakan bernilai US$1.5 juta adalah dengan Cawangan Khas Polis (SB) – bukan dengan Pejabat Perdana Menteri.
2. Perjanjian pembelian Fasa 1 ditandatangan pada April 2018 (sebulan sebelum PRU14) – bermakna kerajaan sudah bubar masa itu dan ianya agak mustahil untuk software digunakan untuk PRU14.
3. Pembelian fasa 2 bermula setahun SELEPAS PRU14. Kali ini, nilai pembelian adalah 3 kali ganda lebih besar dan melibatkan SB (US$400,000), Pejabat Perdana Menteri (US$2.5 juta) dan SPRM (US$2.2 juta)
Ini komen Najib:
1. Saya bukan Menteri dalam Negari masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri.
Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?
2. Pembelian Fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun. Pada bulan April 2018, kerajaan dah bubar dan kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing.
3. Pembelian Fasa 2 setahun selepas PRU14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM masa rejim Gagalkrasi PH. Patut tanya PM ke-7 dan geng.
Kenapa pulak Mkini dan Malaysia Dateline tak tulis tentang fasa kedua dan tak tuduh Tun Mahathir dan gengnya beli untuk merisik BN dan PAS?
Tanyalah boss Pejabat Perdana Menteri (PM7) dan juga boss SPRM setahun selepas PRU14 itu juga.
Tapi nama saya sahaja dipetik pulak dalam tajuk berita depa.
Najib Razak
You must be logged in to post a comment.