Terengganu kini bebas kes COVID-19

Terengganu kini bebas kes COVID-19

Che Adam (gambar) berkata sebanyak 111 kes telah direkodkan di negeri itu dan kes terakhir melibatkan mangsa dari daerah Kemaman. -Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Kesemua daerah di Terengganu telah dikategorikan sebagai Zon Hijau sekali gus menyaksikan negeri itu kini bebas kes COVID-19.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata sebanyak 111 kes telah direkodkan di negeri itu dan kes terakhir melibatkan mangsa dari daerah Kemaman.

Bagaimanapun, mangsa terakhir yang menerima rawatan di Hospital Kuantan telah dibenarkan pulang Rabu lalu.

“Seperti mana kita telah ketahui dan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bahawa Terengganu telah bebas COVID-19 dan diisytiharkan Zon Hijau yang mana kes terakhir iaitu kes 111 yang mana kes berasal dari Kemaman dimasukkan ke Hospital Kuantan dan telah didiscaj,” kata Che Adam.

Beliau berkata bagaimanapun kesemua jawatankuasa peringkat negeri dan daerah masih dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi jika berlakunya kes baharu jangkitan COVID-19.

Che Adam berkata pihaknya juga sentiasa mengingatkan komuniti di negeri agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun berada dalam Zon Hijau.

Jelasnya, orang ramai juga perlu patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker