Strategi DAP Untuk Kembali Berkuasa Di_Putrajaya

DAP cukup kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan roboh dan mereka ditendang keluar dari Putrajaya.

6 dekad lamanya DAP merancang berhempas-pulas untuk memegang kuasa, tapi akhirnya berkecai hanya setelah 22 bulan berkuasa bila Perdana Menteri ke 7, Dr. Mahathir letak jawatan secara mendadak.

Lebih menyakitkan DAP, apabila yang naik adalah sebuah kerajaan yang menggabungkan kuasa politik Melayu/Bumiputera.

Kuasa yang berjaya DAP pecah-pecahkan dalam PRU 14, bila kita menyaksikan parti Melayu bertanding sesama sendiri.

Kini peluang untuk kembali berkuasa hampir mustahil walau DAP mempunyai 42 kerusi di Parlimen.

Mengharapkan PKR dan PAN membina kembali kekuatan politik Melayu juga sia-sia setelah umat Melayu mendukung dan berdiri teguh di belakang Muafakat Nasional yang kini membentuk kerajaan bersama-sama Perikatan Nasional yang dilihat lebih teguh dan ke hadapan dalam menjamin dan membela nasib dan masa hadapan agama, bangsa dan tanah air.

Lalu apakah DAP akan berdiam diri serta menerima keadaan ini?

Sudah tentu tidak, DAP akan berusaha melaga-laga dan memecahkan perpaduan politik Melayu, dengan harapan jika berkecai PN angkara sengketa dalaman, manalah tahu mereka berpeluang merangkak kembali ke Putrajaya.

Malah kini dilihat, DAP menggandakan usaha memecah belahkan perpaduan parti politik Melayu supaya apa yang berlaku sebelum PRU 14 akan berulang kembali.

Satu senjata DAP yang cukup bahaya ialah Dasar Bumi Hangus mereka (BACA DI SINI).

Kita lihat beberapa usaha yang sedang DAP lakukan untuk menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin politik Melayu.

Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr. Ong Kian Meng telah mulakan dengan membangkitkan isu kononnya ketidakpuasan hati UMNO dalam Perikatan Nasional.

Ong Kian Meng cuba membakar dengan mendakwa Perikatan Nasional kononnya rapuh dan UMNO sebuah parti yang besar sudah kehilangan taring dan berjaya dijinakkan oleh PPBM (BACA DI SINI).

Dr. Kamarul Yusoff mendedahkan pemimpin DAP Johor, Lee Chin Tong pula menyucuk jarum dengan mendakwa kononnya UMNO Johor sedang berkomplot mahu jatuhkan PPBM hingga ke peringkat mahu bubarkan Dewan Undangan Negeri Johor (BACA DI SINI).

Dalam kekecewaan kehilangan kuasa, DAP sedang mengadu-domba sesama Perikatan Nasional, melancarkan perang saraf untuk melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan menghasut sesama parti Melayu dalam Perikatan Nasional.

Pemimpin dan pendokong parti politik Melayu perlu sedar, jika mabuk kuasa melanda para pemimpin Melayu dan penyokong mereka, sentiasa bersangka buruk sesama sendiri dan mementingkan agenda peribadi dengan mengenepikan kepentingan agama, bangsa dan tanah air, tidak mustahil usaha pecah perintah DAP boleh berjaya dan akhirnya bumi dipijak akan kembali menjadi milik orang lain.

Akan tetapi jika kepentingan perpaduan kerana Allah SWT diletakkan di hadapan, keikhlasan dan kesungguhan berjihad mahu membela dan mempertahankan tanah air dari sebarang ancaman luar dan dalam menjadi tekad, datanglah fitnah dan serangan saraf dari DAP dan sekutunya dalam apa juga bentuknya, In Sya Allah semuanya bakal ditepis.

 

Sempena bulan Ramdhan Al Karim, yang mana di dalamnya di turunkan Al Quran, maka wajarlah kita, khasnya pimpinan politik Islam insaf dan sentiasa menjunjung Al Quran sebagai piagam perjuangan kita.

Allah SWT berfirman mengingatkan kita :

وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Mafhumnya :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…
Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga)… Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Surah Ali Imran : 103

Waspada dan beringatlah wahai pimpinan dan umat Melayu Islam semua.

Serangan DAP dan sekutunya tidak akan berhenti selagi mereka tidak dapat kembali ke Putrajaya.

Dan mereka tidak akan dapat kembali ke Putrajaya selagi perpaduan yang terbina dalam masyarakat Melayu Islam sekarang ini tidak dapat mereka hancurkan.

Jangan sekali-kali kita ulangi kesilapan yang telah kita lakukan dalam PRU 14.

Dengan rahmat dan kasih sayangNya, Allah SWT cuma menghukum kita selama 22 bulan kerana keengkaran kita patuh kepada perintahNya supaya jangan berpecah belah.

Namun tempoh 22 bulan itu sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita.

Betapa selama tempoh itu, kita hanya mampu melihat betapa Allah dan RasulNya mereka persendakan tanpa kita dapat berbuat apa-apa.

Betapa dalam tempoh itu, Raja Raja Melayu yang menjadi payung kepada kita, dihina dan diperlekehkan.

Betapa dalsm tempoh itu, hak kita sebagai anak jati dan harta kita yang terkumpul selama ini, dirompak dan dijarah tanpa belas kasihan sedikit pun.

Pastikan sejarah hitam itu tidak berulang kembali.

Pastikan kita sampaikan cerita ini kepada anak cucu kita supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan.

Pastikan sejarah hitam selama 22 bulan dalam kuasa Melayu Islam itu berlaku hanya sekali sahaja sehingga penghujung usia dunia ini.

Jangan sampai Allah SWT menghukum kita buat kali kedua di atas kesalahan yang sama kerana hukuman kedua itu sudah pasti lebih besar dan parah akibatnya kepada kita.

Apakah kita mahu masyarakat Melayu Islam di Malaysia menerima nasib yang sama seperti masyarakat Melayu Islam Champa yang akhirnya terpaksa tunduk dan mengemis simpati dari bangsa pendatang di tanah air sendiri!!!

– Azrul Ramli –

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker