Pecat Mahathir : Kadir Jasin gelar Muhyiddin ‘copycat’ Najib.
1. Daripada zaman kleptokrasi dan autokrasi Umno/BN kita kini memasuki era perampas kuasa yang berciri diktator.
2. Muhyiddin Mohd Yassin melakukan ke atas Dr Mahathir Mohamad sebiji apa yang Mohd Najib Abdul Razak lakukan kepadanya.
3. Dengan memecat Dr Mahathir daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin menjadi “copycat” kepada Mohd Najib.
4. Jadi tidaklah ada apa-apa perbezaan antara mereka berdua.
5. Turut dipecat adalah Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.
6. Tidak seperti Dr Mahathir yang menyerahkan tindakan ke atas pemimpin tertinggi parti kepada Majlis Tertinggi (ketika dalam Umno), Muhyiddin hanya berani menggunakan perlembagaan parti dan pejabat Setiausaha Kerja.
7. Dalam bahasa yang mudah, tidak ada keberanian, kehormatan (honour) dan ketelusan.
8. Oleh kerana Muhyiddin dan konco-konconya tidak berani bersemuka dengan pemimpin yang dipecat dalam mesyuarat MPT atau Jawatankuasa Tatatertib maka surat pemecatan yang ditandatangani oleh kakitangan upahan itu, besar kemungkinan tidak sah.
9. Saya mendapat maklumat mengatakan Dr Mahathir sendiri belum melihat surat rasmi ibu pejabat Bersatu yang ditujukan kepadanya.
10. Seperkara lagi, adakah pemecatan ini ada kaitan dengan “sembang” media sosial yang mengatakan Dr Mahathir mempunyai sokongan hampir 130 Ahli Dewan Rakyat bagi mencabar kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional?
Wallahuaklam.Terima kasih.
Dari FB A Kadir Jasin
You must be logged in to post a comment.