Penutupan lorong di Jalan Kuala Selangor dari LDP dilanjutkan bermula 1 Jun

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Bermula 1 Jun, penutupan lorong secara berkala ke Jalan Kuala Selangor dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) akan dilanjutkan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan jalan.

MMC-Gamuda dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan lorong secara berperingkat dan berkala selama sebulan turut melibatkan kawasan di sepanjang Persiaran Jati, DUKE2 dan MRR2 di Jalan Kuala Selangor dengan tempoh masa kerja dari 10 malam hingga 6 pagi.

“Disebabkan penutupan DUKE2 dan MRR2, pengguna jalan raya yang ingin menuju ke Kepong perlu menggunakan Jalan Kuala Selangor,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker