Siapa BUL Dalang Disebalik Tuduhan Najib Bunuh Altantuya?

KUALA LUMPUR – Pemilik portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri kerana membuat Akuan Bersumpah mengaitkan mereka dengan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya.

Raja Petra dalam kolumnya di Malaysia Today semalam memuat naik artikel “Saya Minta Maaf Kepada Najib Dan Rosmah” kerana menuduh kedua-dua mereka terbabit dalam pembunuhan tersebut.

“Saya tahu fitnah yang dilakukan telah menyebabkan kerosakan kepada Najib dan sehingga hari ini kisah serta perakuan sumpah terbabit masih beredar di kalangan masyarakat. Bersempena dengan Hari Raya ini, saya ingin minta ampun dan maaf andai kata takdir Allah menentukan bahawa diri ini tidak berkesempatan untuk berhari raya di tahun hadapan.” katanya.

Dalam artikel terbabit, Raja Petra mendakwa idea mengaitkan bekas Perdana Menteri dan isterinya dengan kes Altantuya adalah dari ‘orang suruhan’ seorang kenamaan politik yang dikenali sebagai ‘Bul’.

Tulis Raja Petra, “Isteri saya, Marina, kemudiannya berjumpa dengan Bul di Bangsar. Dia kemudiannya memberikan macam-macam alasan daripada menunjukkan bukti yang dijanjikan. Pada masa itu, Marina sedar Bul telah menipu. Bul adalah seorang kawan yang saya kenal selama 50 tahun.”

Penamaan watak utama bernama ‘Bul’ di sebalik SD tersebut menimbulkan gosip besar kepada koridor politik negara.

Satu-satunya ‘Bul” yang diketahui rapat dengan Raja Petra dan juga merupakan pencatur politik elit pada zaman Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

Pada zaman Mohd Najib watak ini memainkan peranan penting sebagai ‘leftenan politik’ Mohd Najib yang melakukan penyusunan media, korporta dan politik negara.

Beberapa tahun sebelum PRU-14 telah wujud kebimbangan bahawa Mohd Najib terlalu percaya kepada watak ini sedangkan beliau juga sebahagian dari pencatur politik zaman Abdullah.

Sehingga Raja Petra menamakan watak tersebut, banyak mata pasti tertumpu kepada ‘Bul’ yang dikenali ramai kerana mempunyai hubungan rapat dengan Mohd Najib semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan juga merupakan watak penting di belakang tabir semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Akuan Bersumpah RPK

Pada Jun 2008, Raja Petra membuat akuan bersumpah mendakwa Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006. Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Suara TV

 

Baca Berkaitan: https://mykmu.net/2020/05/24/yang-haq-akhirnya-berdiri-raja-petra-zahirkan-permohonan-maaf-atas-fitnah-terhadap-najib-razak/

Related Articles

3 Comments

  1. Wah, sampai mcm tu suruhan org dan akuan bersumpah bagus dah tu minta maaf

  2. Jika nak tepis silakan bukti sepertinya DSNR,dia sertakan bukti pada semua yang dia sebutkan untuk membuktikan dia( najib) tidak main hentam keromo……

  3. My Message to RPK at MK and his FB

    Dear RPK,

    Again you have shown all of us what a magnanimous person you are by openly apologising to Najib & Rosmah. Bravo!!!!!!

    However in the same article you brought in the 3 characters that dilute the apology.

    1. Rusdi Mustapha.
    Is the offer from him to buy you off genuine or planted to undermine Najib and Rosmah?

    2. Bul.
    You said he did not give any evidence. Who then gave you all those “evidence” you published before. Is it from the 3rd character below.

    3. Mahathir.
    Still accusing Najib in the Altantuya case and also keep saying DSNR is the Number 1, Perompak Negara.

    In this time of conspiracy theories and fake news, I do not know what is really the truth. Some said Mahathir started leaking the Altantuya case. Others had other theories.

    I am in total confusion as it was Mahathir that orchestrated the down fall of DSNR and also BN in the GE14 election and with the big help of DAP/PKR/PAN and others. Was the victory based on lies by Mahathir about Najib? Is it not right for Mahathir to pre-empt on an ongoing court case. Well Mahathir says Malaysia Boleh.

    And during the GE14 Campaign period both PakLah & KuLi supported Najib and BN??? Funny lor???

    Was Rusdi representing Najib or Mahathir or maybe PKR/DAP/PAN??? Slick and devious character as you describe???

    Or was it Mahathir’s agenda all along to kick Najib out and now Muhyiddin.

    Rakyat Malaysia
    Kajang, Selangor DE
    #StayHomeStaySafe

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker