Tidak mengaku bersaudara, Diva AA doa kakak positif Covid-19 terima azab!

Pergaduhan selebriti Azwan Ali dan adik beradiknya bukan suatu rahsia apabila sering membuat kenyataan terbuka membabitkan hal keluarga. — Foto ihsan Instagram/Diva AA Official
Pergaduhan selebriti Azwan Ali dan adik beradiknya bukan suatu rahsia apabila sering membuat kenyataan terbuka membabitkan hal keluarga. — Foto ihsan Instagram/Diva AA Official

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Selebriti Azwan Ali sekali lagi mengundang kontroversi apabila tidak mengakui dirinya memiliki seorang kakak.

Azwan juga dikenali sebagai Diva AA berkata demikian selepas namanya dikaitkan dengan berita bahawa kakak sulungnya, Norlia Ali disahkan positif Covid-19.

“Bila masa Diva AA yang gah ni ada kakak? Eee jijik!

“Diva AA dah bertahun hidup sebatang kara dengan kehidupan berprestij?” katanya di Twitter.

Sementara itu, Azwan turut dilihat mengecam Norlia malah secara terangan tidak mempedulikan nasib kakaknya yang sedang berdepan pandemik pembunuh dunia itu.

“Lu (kamu) siapa (Norlia)? Eloklah sesiapa b*****t macam kau kena Covid-19! Bersedia saja azablah alam kubur kau!” katanya lagi.

Terdahulu, berita Norlia disahkan positif Covid-19 dimaklumkan oleh adik bongsunya iaitu Ummi Hafilda Ali di laman Facebook.

Orang ramai mengucapkan takziah kepada keluarga Norlia sambil memetik nama Azwan sehingga mengundang marah selebriti itu.

Setakat ini, Norlia dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

ProjekMM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker