Bil TNB: Jangan Khuatir, Akan Ada Pelarasan – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar tidak bimbang sebaik menerima bil sebenar mereka berikutan penyambungan semula pembacaan meter yang dihentikan sementara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu.

“Janganlah khuatir. TNB sentiasa berlaku adil dan sensitif dengan kegelisahan segelintir pengguna yang menerima bil sebegini.

“Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian TNB CareLine ‪1300 88 5454‬ dan di Kedai Tenaga sentiasa bersedia untuk membantu menjelaskan mengenai perkiraan dan bagaimana pelarasan bil dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TNB sebelum ini memaklumkan bahawa sebaik pembacaan bil disambung semula, bil pelanggannya akan diselaraskan.

Semasa operasi pembacaan meter dihentikan sementara, TNB mengeluarkan bil anggaran berdasarkan bil bulan sebelum PKP berkuatkuasa.

Mengulas lanjut, Mahdzir memaklumkan pelanggan TNB juga boleh mendapatkan makluman mengenai perkiraan bil semasa PKP dengan melayari https://www.tnb.com.my/prihatin.

Katanya lagi, sebagai syarikat yang prihatin mengenai impak wabak Covid-19 kepada rakyat, pada 14 Mei TNB mengumumkan mengenai pakej pasca PKP merangkumi Pelan Bayaran Mudah (PBM), penangguhan surcaj lewat bayar (sehingga 30 September 2020) dan lanjutan penangguhan pemotongan bekalan (sehingga 31 Julai 2020).

“Kesemua ini ditawarkan secara automatik kepada 7.5 juta pelanggan kediaman kami,” katanya.

Menurutnya, selain pakej pasca PKP, TNB juga menawarkan diskaun berperingkat berjumlah 2% hingga 50% bagi penggunaan dari 1 April 2020 hingga 30 September.

“Diskaun berperingkat dan pakej pasca PKP ini diharap dapat meringankan lagi beban rakyat yang terjejas akibat wabak Covid 19,” katanya.

Maklumat lanjut tentang Pelan Bayaran Mudah, juga boleh dicapai di pautan https://www.tnb.com.my/prihatin serta talian TNB CareLine dan Kedai Tenaga yang berhampiran.

Related Articles

One Comment

  1. Discount yg diberi tidak memberi faedah langsung kpd pengguna 600kwh ke atas, bil rm270.00 dapat rebet rm0.70 sahaja, whats joke you make people lought,,

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker