Lantikan politik untuk tarik MP Umno masuk Bersatu dakwa Syed Saddiq

Share


Lantikan politik di kalangan pemimpin Umno adalah sebahagian daripada rancangan untuk “membesarkan” Bersatu dengan menarik mereka menyertai Bersatu, kata Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, perkara itu didedahkan oleh kepemimpinan tertinggi Bersatu yang cuba menyakinkan pimpinan parti lain bahawa Bersatu tidak akan terpinggir dalam Perikatan Nasional (PN) kerana mempunyai rancangan tersendiri untuk menjadi dominan.

Rancangan itu adalah dengan memberikan jawatan kepada beberapa ahli parlimen Umno – mereka yang tidak terlalu tegar menyokong Umno dan dekat pula dengan kepemimpinan Bersatu – yang boleh dilamar untuk menyertai Bersatu.

“Kita jangan berikan kepada mereka yang total Umno seperti Ahmad Maslan kerana kita tahu walaupun dia baik orangnya, […] tapi kita tak boleh beri kepada dia kerana dia total Umno dan (tidak) akan berfikir untuk menyertai Bersatu.

“Tapi kita pilih ahli-ahli parlimen Umno, berikan mereka jawatan supaya sedikit demi sedikit kita tarik mereka masuk Bersatu supaya Bersatu yang jadi parti paling dominan.

“Sebab itu (jawatan) GLC (syarikat berkaitan kerajaan) diberikan kepada beberapa figura politik daripada Umno. Menteri-menteri dipilih yang mungkin agak rapat dengan kepimpinan Bersatu juga.

“Tetapi sampai hari ini, perkara ini tidak berlaku,” katanya dalam siaran bual bicara di laman Facebooknya semalam.

Oleh hal yang demikian, Syed Saddiq berkata, persoalan berkenaan lantikan di kalangan pemimpin Umno itu harus dijawab oleh kepemimpinan tertinggi Bersatu dan Umno supaya rakyat tahu dan boleh membuat penilaian tersendiri.

Mkini

(Visited 30 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *