Gadis hilang seminggu ditemukan bergayut pada akar pokok

Hanis ditemukan dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih Terengganu.

PASIR PUTEH – Seorang gadis hilang sejak Rabu lalu selamat ditemukan kira-kira 55km dari rumahnya di Kampung Guntong dalam keadaan bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai di Felcra Kruak, Jertih, Terengganu tengah hari semalam.

Hanis Syamimi Yusuff, 20, ditemui dalam keadaan keadaan lemah, kelaparan dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang.

Sepupu mangsa, Mohd Hafiz Zahari, 35, berkata, ibu Hanis, Nasarah Muhammad, 56, ialah insan paling gembira mendapat perkhabaran anak tunggalnya selamat ditemukan pada jam 3 petang itu.

“Saya ada bertanya Hanis macam mana dia boleh sampai sejauh ini dengan motosikal. Dia beritahu apa yang berlaku itu di luar kawalannya selepas terdengar satu suara memanggil-manggil namanya.

“Selepas tersedar, dia terkejut apabila mendapati dirinya sudah berada di dalam sungai,” katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Hanis dalam keadaan kelaparan serta badan lemah dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang.
Hanis dalam keadaan kelaparan serta badan lemah dan kesejukan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang.

Menurutnya, tangki minyak motosikal milik Hanis juga penuh sedangkan sepupunya itu langsung tidak memiliki wang ketika keluar dari rumah.

“Hanis dibawa ke Hospital Jertih untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah. Saya bersyukur pada ALLAH Hanis ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya.

Terdahulu, Mohd Hafiz memberitahu, dia bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk mendapatkan bantuan selepas membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal ditunggang Hanis.

Hanis berjaya dijejaki selepas Mohd Hafiz membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal yang ditunggang Hanis.
Hanis berjaya dijejaki selepas Mohd Hafiz membaca entri di laman sosial Facebook Anak-Anak Jertih berhubung penemuan motosikal yang ditunggang Hanis.

“Anggota di IPD Pasir Puteh berhubung dengan Balai Polis Pasir Akar, Jertih untuk bantuan. Saya kemudian bergerak ke lokasi motosikal untuk menjejak kedudukan Hanis.

“Saya dan beberapa pekerja ladang serta pihak berkuasa terlibat dalam gerakan mencari dan mengesan kedudukan Hanis terpaksa meredah kawasan berbukit dan ladang kepala sawit sebelum jumpa dia.

“Terima kasih kepada polis dan pekerja ladang yang sanggup membantu dan turun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Hanis,” katanya.

Sinar Harian 16 Mei lalu melaporkan, seorang gadis dari Kampung Guntong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang sebuah motosikal secara berseorangan.

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker