‘Sebelum dan selepas saya berkahwin dengan doktor gigi’

SEORANG wanita yang dahulunya memiliki gigi jongang dan tidak rata tular di aplikasi TikTok selepas berkongsi wajah yang cantik.

Jaqueline Alarcao menarik perhatian apabila memuat naik perubahan wajah yang diidam wanita lain dan TikTok itu ditonton 15 juta tontonan, lapor Mirror.

Video ditulis dengan kapsyen, “Sebelum dan selepas saya berkahwin dengan doktor gigi.”

Memiliki pengikut 151,000 di TikTok dan 15,000 pengikut di Instagram, Jaqueline kini mampu tersenyum menayangkan gigi yang cantik.

Selepas melihat gambar berkenaan, netizen teruja dan pada masa sama bertanya proses membetulkan giginya sama ada mengambil masa atau sebaliknya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker