Drama Mahathir, Apa Sebenarnya Berlaku Bossku?
Oleh sebab dia masih kurang jujur dan masih mahu rebut kuasa pada masa Covid ini, saya jelaskan apa yang sebenarnya berlaku:
1. Dia tak suka DAP. Dia tak suka Anwar jadi PM. Dia dah tak tahan dengan tekanan DAP dan geng Anwar terhadap dia tapi dia perlu bertahan kerana jumlah kerusi parlimen DAP dan PKR jauh lebih banyak banding dia.
2. Parti PPBM dia mahu keluar dari PH secepat mungkin kerana bimbang kalah pada PRU15 akan datang setelah 5 kali kalah PRK kepada BN. Dia juga sokong.
Siapa nak bersama orang yang sendiri mengaku gagal gagal ataupun orang yang difitnah ada ijazah?
3. Dia juga yang menyokong parti BN dan PAS bergabung dengan PPBM. Sebab itu, geng dia asyik cari dan pujuk kita (termasuk saya) sejak berbulan-bulan lagi.
Untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, dia pun letak jawatan tanpa memberitahu atau berunding dengan pemimpin-pemimpin PH.
Lalu, dia umum bahawa dia mahu buat kerajaan perpaduan semasa dia PM interim. (ramai dah lupa cerita ini)
Dengan cara ini, dia boleh pilih ahli-ahli parlimen yang totok pada dia sahaja untuk sokong dia sebagai PM tanpa mengambil kira tekanan parti atau pemimpin parti.
Boleh ambil dari BN, PAS, PKR, DAP, PAN (entah kenapa nak ambil dari PAN, saya tak tahu kenapa) dan dari parti-parti Sabah/Sarawak.
Asalkan totok pada dia sudah cukup. Dia pun boleh pecah-belahkan kuasa parti masing-masing.
Dengan cara ini juga dia tidak lagi di bawah tekanan mana-mana parti politik.
Suka hati dia nak buat dan lantik siapa jadi PM.
Tapi malangnya bagi dia, UMNO, PAS, PKR dan DAP pun tak setuju dengan dia kerana ini akan melahirkan seorang diktator dengan kuasa tanpa batas.
UMNO dan PAS juga tidak boleh terima bekerjasama dengan orang DAP.
Parti GPS Sarawak pun tak mahu duduk bersama DAP kerana bau hancing terlalu kuat.
Yang setuju dengan dia cuma Pak Kadir seorang. (memang tugas Pak Kadir cuma 100% taat setia pada dia dari dulu-dulu lagi)
Oleh kerana semua pihak tak setuju, parti-parti PH dan BN pun tak sokong dia jadi PM semasa menghadap YDP Agong.
Lalu, dia pun kalah kerana tak dapat sokongan padu dari kedua-dua pihak.
Setelah kalah, dia pun bekerja lagi keras untuk menumbangkan kerajaan PN untuk merebut kuasa kembali.
Dia tak pernah hormat PH dan tak pernah hormat mandat Rakyat.
Sebab itu, dia tak berbincang dan memberitahu pemimpin-pemimpin PH semasa dia letak jawatan.
Sebab itu dia tak hadir apabila PH suruh bermesyuarat untuk menyelesaikan kemelut. Lalu Anwar pun dipilih sebagai calon PM oleh PH.
FB: Najib Razak
You must be logged in to post a comment.