MB ‘Tempang’? “Kalau Nak Hasut Pun, Dap Perlu Lebih Bijak Sedikit” Sinis Najib
Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir wakil rakyat Dap Perak, Dr Abdul Aziz Bari agar perlu lebih bijak jika mahu menghasut rakyat.
Najib memberi reaksi demikian mengenai tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu yang berkata Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kini menjadi ‘menteri besar tempang’ susulan UMNO yang berjaya menguasai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (Exco) dengan enam daripada sepuluh jawatan Exco, di mana bakinya dua daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dua dari PAS.
Kata Aziz dalam sebuah portal, dengan kedudukan tersebut, UMNO menjadi dominasi dan boleh menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh menteri besar.
Justeru Najib dalam satu hantaran di Facebook, membidas Aziz yang ternyata telah lupa mengenai pembahagian Exco Kerajaan Negeri Perak ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
“Dari 10 orang Exco Kerajaan PH Perak dahulu yang sudah tumbang, 5 adalah dari parti Dap (termasuk Abdul Aziz Bari), 3 dari parti PAN dan 2 PKR.
“Masa itu, MB Perak tak tempang, tak apit dan tak jadi minoriti pulak?
“Dap dan PAN boleh, UMNO tak boleh? Soalnya lagi.
Sekurang-kurangnya sekarang ujar Najib, Bersatu mempunyai dua orang Exco berbanding tiada seorang pun di era PH.
Manalaka dalam isu yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga menimbulkan persoalan adalah benar MB Perak kini ‘tempang’ dengan pembahagian Exco Kerajaan Negeri Perak ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbanding PH dahulu.
“Dulu Ketika Kerajaan PH di Perak. MB – Bersatu. 10 Exco; 5 Dap, 3 PAN dan 2 PKR.
“Sekarang ketika kerajaan PN di Perak. MB – Bersatu. 10 Exco; 6 UMNO, 2 PAS dan 2 Bersatu,” ujarnya di Facebook.
Apa yang pasti tambah Dr Asyraf, sekarang ini Faizal lebih tenang kerana tiada Exco di kalangan Dap yang rasis dan chauvinis.
“MB sekarang lebih tenang sebab ada 2 Exco Bersatu berbanding tiada langsung waktu PH.
“MB sekarang lebih tenang sebab Exco di kalangan UMNO dan PAS yang lebih memahami dan menjiwai agenda perjuangan sebenar. Setuju? Soalnya. – UMNO ONLINE
Sindiran bodoh Aziz Bari dah jadi trademark puak2 PH lebih2 lagi yang dah memang terompah tandas pakaian Bangsa DAP. DAP memang lubuk untuk menukarkan orang2 cerdik jadi bangang (iaitu lagi tolol daripada bodoh). Tak kiralah kalau orang2 itu asalnya pakar perlembagaan, ulamak, peguam, pensyarah, doktor atau yang hebat2; bila masuk saja se kandang dengan DAP, otomatik mereka jadi macam orang tak sekolah atau lagi teruk jadi macam anjing gila. Virus DAP ni lagi teruk daripada Covid-19. Sebut saja sesiapa yang dulu kira hebat… apa jadi sekarang bila dah duduk se kandang dengan DAP. Sesetengahnya lupa mereka tu Islam, boleh menghina Allah dan Nabi SAW, lupa yang dia tu Melayu tapi sanggup menghina bangsa sendiri. Sebaliknya mereka yang berjaya keluar dari kandang DAP berubah menjadi baik, contohnya YB Norhizam Melaka dll.