Mahathir tidak puas hati Dewan Rakyat tidak bersidang selepas titah DiRaja. .
Tiada sidang selepas titah diraja, usaha sekat usul undi tidak percaya, kata Mahathir
Langkah Putrajaya meminda aturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat Isnin depan dengan meniadakan persidangan selepas istiadat pembukaan penggal oleh Yang di-Pertuan Agong dilihat sebagai usaha untuk meyekat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan Putrajaya itu juga merupakan satu usaha untuk menghalangnya berucap sebagai ahli Parlimen Langkawi bagi menjelaskan mengapa beliau membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.
“Inilah yang ingin saya jelaskan. Saya tunggu untuk diberi peluang untuk menyokong undi tidak percaya kepada Muhyiddin. Pada masa itu saya akan jelaskan kenapakah saya bawa usul ini. Nampaknya ada cubaan untuk halang saya berucap sebagai ahli Dewan Rakyat.
“Jangan kata orang ramai, ahli Dewan Rakyat juga tidak boleh bercakap dalam Dewan Rakyat. Apakah jenis kerajaan ini, yang mana ahli Dewan Rakyat tidak boleh bercakap,” katanya dalam satu rakaman video disiarkan hari ini.
Terdahulu, Putrajaya memutuskan untuk meminda aturan majlis mesyuarat yang akan berlangsung selama sehari pada 18 Mei ini menetapkan tiada sidang akan diadakan selepas selesai titah diraja yang dijadualkan pada jam 10 pagi hari itu.
Speaker Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa beliau menerima surat daripada perdana menteri memaklumkan keputusan itu disebabkan penularan wabak Covid-19 “masih belum reda sepenuhnya”.
Pindaan berkenaan dibuat selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Menurut Mahathir lagi, beliau ingin mendapatkan kepastian apakah Muhyiddin mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat semasa mengangkat sumpah di hadapan Agong pada awal Mac lalu, memandangkan terdapat 114 tandatangan akuan bersumpah ahli Parlimen yang tidak menyokong beliau .
“Biasanya ikut undang-undang, Agong akan melantik seorang yang dipercaya olehnya mendapat sokongan bilangan majoriti dalam Dewan Rakyat. Ini dapat ditentukan apabila Dewan Rakyat bersidang tetapi sekarang ini Dewan Rakyat tidak dibenarkan bersidang.
“Sebenarnya tidak ada sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri kerana Dewan Rakyat tidak dapat bersidang menentukan sama ada benar atau tidak dia dapat majoriti pada hari angkat sumpah,” katanya.
Apa tak kecewanya. Penat2 buat rancangan, penat2 bincang itu ini nak tumbangkan kerajaan PN pada 18 Mei nanti; dah terpekik lolong kononnya akan jadi pemerintah semula,,,,, tetiba diarah datang dengan Titah DiRaja lepas tu balik!! Kau ni Mahathir dah dua kali jadi PM, tapi masih bodoh. Kau fikir Mahyuddin nak duduk diam macam tunggul mati, boleh kau PH sepak terajang sesuka hati. Sekaran rakyat nampak siapa sebenar bijak dan siapa bahlol. Dah tua2 nak mapos pun bertambah tolol.