Mahdzir mahu saman pemfitnah berhubung lantikan sebagai pengerusi TNB

Peguam pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mahdzir Khalid memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu yang terus memburukkan atau menfitnah naib presiden Umno itu.

Dalam satu kenyataan, C Vignesh Kumar dari firma Vignesh Kumar and Associates berkata, mereka menyedari tentang hantaran di Facebook oleh seorang beka menteri yang mempersoalkan pelantikan Mahdzir sebagai pengerusi TNB.

“Hantaran di Facebook itu menyebut, ia keliru bahawa ‘watak’ yang terlibat dalam projek solar sekolah di pedalaman Sarawak diberikan kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan yang berkait dengan tenaga.

“Kami ingin menegaskan bahawa tuduhan dan fitnah yang ditujukan kepada seorang tokoh politik senior tanah air tidak berasas dan merupakan satu gimik politik.”



Vignesh berkata, pelantikan Mahdzir adalah berdasarkan merit dengan mengambil kira pengalaman luasnya sebagai timbalan menteri tenaga, teknologi hijau dan air dari Mei 2013 hingga Julai Julai 2015.

Berhubung kes projek solar, Vignesh berkata, Rosmah Mansor, yang merupakan isteri bekas perdana menteri Najib Razak, adalah tertuduh tunggal di mahkamah.

Katanya, Mahdzir hanyalah saksi dalam perbicaraan itu dan tidak pernah didakwa.

“Oleh yang demikian, mengaitkan kes rasuah Rosmah Mansor sebagai bukti bahawa Dato Seri (Mahdzir Khalid) turut terlibat merupakan pesalah dalam satu kesalahan jenayah adalah tohmahan dan fitnah.



Vignesh berkata, Mahdizr mengarahkan beliau supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang terus memburukkan dan memfitnah dirinya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker