400 rakyat sehari dibenarkan masuk dari Singapura

Kerajaan membuat keputusan untuk menerima masuk 400 rakyat sehari dari Singapura, bagi melancarkan proses kepulangan rakyat yang berada di republik itu selepas perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa, yang bakal memasuki fasa ke-4.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata mereka perlu memohon permit masuk di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Mereka hendaklah membuat permohonan melalui emel [email protected] sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh pulang,” katanya pada sidang media hari ini.

Permit itu bagi permudahkan urusan di pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (Link Kedua).

Ismail berkata setakat ini suruhanjaya tinggi menerima 900 permohonan sejak ia dibuka.

“Rakyat yang pulang dari Singapura akan dikenakan kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang diwartakan,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker