MMA (PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA) SUDAH DIPENGARUHI OLEH DAP?
Syukur bila petang semalam, Khamis, 10 April, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhirnya mengisytiharkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April.
Jelas Perdana Menteri, keputusan ini dibuat “berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan” dan “selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal”.
Saya mulanya bimbang bila melihat semacam ada gerakan tersusun untuk mempengaruhi kerajaan supaya menamatkan perintah kawalan pergerakan bermula dari kenyataan pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang, pada jam 10.30 pagi Khamis, 9 April, yang menggesa ia di“lift”kan.
Lebih membimbangkan lagi bila gesaan Lim Kit Siang ini, walaupun cukup membahayakan keselamatan rakyat, kemudiannya turut disahut dan didendangkan sama oleh 13 Presiden dan bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association, MMA).
13 Presiden dan bekas Presiden MMA yang menggesa ia di“relax”kan adalah Dr N Ganabaskaran, Dr Ashok Philip, Dr David Quek Kwang Leng, Dr H Krishna Kumar, Dato’ Dr A Krishnamoorthy, Datuk Dr N. Arumugam, Dr Milton Lum Siew Wah, Tan Sri Datuk Dr R. P. Lingam, Dr John Chew Chee Ming, Dr Ravindran Naidu, Datuk Dr Subramaniam Nadarajan, Dato’ Dr Abdul Hamid Abdul Kadir dan Dr Mohamed Namazie Ibrahim.
Kenyataan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, walaupun sangat dikesali, masih boleh difahami kerana beliau tentulah mempunyai perkiraan politik tertentu sewaktu membuat cadangan itu, tetapi sokongan 13 Presiden dan bekas Presiden MMA ini cukup membingungkan.
Syukur kerana yang memerintah sekarang adalah kerajaan baru, jika kerajaan lama masih memerintah, dengan pengaruh kuat DAP di dalamnya sudah pastilah terdapat kemungkinan besar gesaan Lim Kit Siang supaya perintah kawalan pergerakan di“lift”kan akan diterima pakai.
Syukur juga kerana kita punya Perdana Menteri yang akur dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pakar-pakar perubatan dan WHO serta tidak terpengaruh dengan gesaan dan tekanan daripada pakar-pakar perubatan yang mempunyai kepentingan yang tertentu.
Dan syukur juga kerana kita punya 1 Master dan 11 Presiden kolej pakar perubatan daripada The Academy of Medicine of Malaysia (AMM) yang tegas menghujjahkan bahawa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini wajib diteruskan melepasi Fasa 2 yang berkahir pada 14 April.
MMA ini sudah dipengaruhi oleh DAP kah?
Kepada Lim Kit Siang, usah kecewa, cuba lagi.
Dr. Kamarul Yusuff
Melihat nama2 bekas presiden Persatuan Perubatan itu dah jelas pihak mana kecenderungan politik mereka. Begitu jugalah terjadinya pada Bar Council dulu. Sudah sampai masanya bilangan majoriti doktor2 sekarang adalah Melayu dan Bumiputera mengambil alih tampuk persatuan perubatan untuk menjaga kebajikan ahli2 dan tidak dijadikan alat mainan politik terutama oleh parti2 yang kurang mesra dengan kaum melayu.