Lambakan warga China, mana mereka ‘menyorok’?

NEGARA pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya. Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Paling mengejutkan apabila Jabatan Imigresen Malaysia pernah mengesahkan hampir 95 peratus dari kira-kira 141,000 pelancong India dan China tidak mempunyai rekod kembali ke negara asal bermula pada tahun 2012 hingga 2016.

Pada 2003, dilaporkan seramai 500,000 pelancong China datang ke negara ini tetapi statistik menunjukkan hanya 315,000 pelancong warganegara itu pulang ke negara asal.

Ia menjadikan baki 175,000 lagi warga China yang berada di negara ini tidak dapat dikesan.

Pedang yakin kebanyakan mereka pasti tinggal secara haram, mereka pasti tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Persoalannya mana mereka menghilang? Mana mereka bersembunyi?

Sehingga hari ini, dalang yang membawa masuk dan mengumpulkan semua warganegara China untuk menjalankan operasi jenayah di Malaysia pun belum dikesan.

Rayuan pada kerajaan – tangkap segera tali barut yang menyembunyikan mereka!

Jangan kerana kepentingan pihak tertentu untuk mempertahankan kuasa politik, kedaulatan dan keselamatan negara tergadai di tangan orang asing.

Pedang bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden ISMA, Prof Zainur Rashid Zainuddin bahawa isu lambakan warga Cina ini bukan hanya melibatkan isu politik semata-mata, tetapi juga bakal menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Katanya, tidak mustahil mereka berpotensi menjadi pengundi yang boleh memilih Ahli Parlimen atau ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) di mana-mana negeri tempat yang mereka duduk.

Pedang ‘sakit hati’ dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan apabila meluluskan dasar kemasukan tanpa visa kepada warga China dan India mulai 1 Januari 2020.

Paling tak masuk akal bila kerajaan PH tdak menghentikan pengecualian visa 15 hari, yang diberikan untuk pelancong dari China, walaupun pada penghujung Januari Malaysia sudah berdepan ancaman COVID-19.

Kononnya wabak belum serius, belum kritikal. Jadi tidak perlu larang kemasukan pelancong dari Wuhan, China. Itu jawapan dari pemimpin nombor satu negara ketika PH memerintah.

Inilah padahnya. Rakyat terpaksa menanggung. Coronavirus merebak dengan cepat.

Justeru, Pedang sarankan kerajaan baharu dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk Kementerian Dalam Negeri untuk menangani isu ini dengan lebih tegas. Jangan diulang sikap sambil lewa dua kerajaan terdahulu.

Mohon kesilapan kerajaan lama diperbetulkan segera. Buktikan pada rakyat. Kerajaan PN mengutamakan keselamatan negara.

Kata Pedang: Perketat undang-undang. Jika mereka gagal kemuka surat beranak asli, hantar balik negara asal.

ISMAWeb

Related Articles

2 Comments

  1. Saya setuju sangat pendapat tu. Kenapa galakan warga negeri galakan pelancong asing tidak perlu visa. Lepas tu dia tinggalkan begitu. Tak bagus tu. Dia pandai cakap aje. Bila dah masalah dia letak jawatan.

  2. Inilah masanya , ada perintah PKP, pihak berkuasa boleh pergi rumah ke rumah untuk memeriksa mereka yg masih ada di Malaysia. Gunakan seluruh askar askar, pihak imigration dan polis utk menangkap mereka yg masih bersembunyi dan denda dan tangkap orang yg menlidungi mereka.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker