Sektor pelancongan boleh rugi RM50 bilion akibat Covid-19, kata penyelidik

Firma penyelidik, Affin Hwang Capital memberi amaran sektor pelancongan boleh rugi RM50 bilion hingga RM60 bilion kerana kekurangan pelancong akibat krisis Covid-19.

Ia berasaskan andaian krisis itu boleh membawa kepada kemerosotan 60% kedatangan pelancong, dan menambah bilangan pelancong rendah akan mengurangkan penggunaan swasta dan pertumbuhan ekonomi.

Ia juga meramalkan KDNK sebenar dalam keadaan negatif pada separuh tahun pertama 2020, memandangkan penurunan dalam permintaan domestik dan eksport yang lebih rendah.

Affin Hwang Capital juga menyemak ramalan pertumbuhan KDNK daripada 3.3% kepada -3.5% bagi 2020, walaupun pakej rangsangan ekonomi diumumkan perdana menteri baru-baru ini.



“Kemelesetan terakhir di Malaysia berlaku pada 2009 apabila KDNK sebenar mengecut 1.5%,” katanya dalam laporan penyelidikan mengenai pakej rangsangan hari ini.

Affin Hwang Capital berkata, keyakinan pelabur asing mungkin tidak dapat dipulihkan dalam jangka pendek atau sederhana disebabkan prospek ekonomi global yang lemah, meramalkan kelewatan atau pembatalan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan.

“Pelabur asing berdepan cabaran serupa daripada wabak Covid-19 di negara asal,” katanya.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata, keadaan akan lebih baik pada 2021 untuk domestik dan global, menjangkakan keyakinan dan sentimen pengguna akan pulih sementara kewangan isi rumah kekal terjamin.



“Perbelanjaan pengguna akan disokong dengan memperbaiki keadaan pekerjaan dan pendapatan yang stabil, memandangkan ekonomi global dan ekonomi akan pulih tahun depan,” katanya.

Ia juga berkata penerusan projek prasarana besar seperti Laluan Keretapi Pantai Timur dan MRT2 akan menyaksikan aliran masuk pelaburan swasta berikutan keadaan luaran yang lebih baik.

“Prospek pertumbuhan ekonomi global yang dijangka lebih baik tahun depan akan menyokong kegiatan pelaburan.

“Kami percara asas ekonomi Malaysia akan tetap sihat, disokong disiplin fiskal kerajaan, lebihan akaun semasa yang mampan (walaupun mengecil), rizab tukaran asing yang sihat serta tekanan inflasi yang boleh diuruskan.”



FMT

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker