‘Wakil pembangkang akan dapat RM100k untuk tangani Covid-19’

Share

Ahli Parlimen Subang Wong Chen hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM100,000 kepada ahli parlimen pembangkang dalam menangani krisis Covid-19.

Ini selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN ) sebelum ini memotong peruntukan tahunan ahli parlimen pembangkang, dasar yang sama diambil oleh Pakatan Harapan ketika mereka berkuasa.

“Kami baru saja menerima pengesahan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa sejumlah RM100,000 akan diberikan kepada semua ahli parlimen pembangkang untuk menangani krisis Covid-19,” kata Wong Chen dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi e-mel pengesahan yang meminta wakil rakyat pembangkang mengemukakan projek atau program yang mereka mahu kerajaan pusat membiayainya.

Wong berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawainya untuk mencari cara terbaik untuk mengedarkan bantuan itu dan juga melibatkan Adun dan pemimpin masyarakat di kawasannya.

“Kami juga akan mematuhi peraturan kerajaan tentang bagaimana dan cara kami membelanjakannya.

“Oleh itu, pegawai dan saya akan melihat proses dan prosedur berkenaan pagi ini,” katanya.

Mkini

One thought on “‘Wakil pembangkang akan dapat RM100k untuk tangani Covid-19’

  • March 31, 2020 at 08:34
    Permalink

    Satu tamparan ke muka Ketua Menteri P Pinang dan Menteri Besar Selangor kerana tidak memberi peruntukan kepada wakil2 rakyat pembangkang di negeri2 mereka.

    Reply

Leave a Reply