‘PKS tercicir, pakej diumum Muhyiddin hanya lengah masalah’
Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur & Putrajaya (KLPICC) berpendapat bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) hanya “melengahkan” masalah yang dihadapi Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) akibat Covid-19.
“Selain institusi kewangan, semua inisiatif lain disusun sebagai kelewatan atau moratorium atau pembayaran lambat.
“Masalah cuma dilengahkan. Apabila cukup tempoh tangguhan pembayaran dan kelewatan tamat, masalahnya akan tetap masih ada,” kata Setiausaha Agung KLPICC, Dr AT Kumararajah.
Kumarajah juga berkata pihaknya bersedia untuk memberikan maklum balas konkrit yang jelas kepada Putrajaya dan berharap banyak langkah tambahan akan diumumkan dari rancangan mingguan Majis Tindakan Ekonomi (EAC).
“Jika tidak, kami tidak mempunyai pilihan selain merasa, PKS telah tercicir.
“Perdana menteri kata tidak siapa tercicir, tetapi kami (PKS) rasa tercicir,” kepada Malaysiakini.
Menurutnya, pakej ekonomi yang bernilai RM250 bilion itu tidak dilihat sebagai sebarang percubaan yang jelas dan tegas untuk memenuhi keperluan PKS.
“Apa sahaja yang dikatakan hanya dalam sistem kewangan bank – seperti lanjutan SRF (Tabung Bantuan Kemudahan Khas dan dana dijamin).
“Tidak ada pemindahan wang langsung dan subsidi yang mencukupi untuk pengekalan pekerjaan. Tiada langkah untuk mengambil kesempatan dan modal kerja yang rendah bagi PKS,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion yang diumumkan ekoran penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan kehidupan harian rakyat dan ekonomi negara.
Daripada jumlah itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Tambah Kumarajah lagi, suntikan wang lebih rendah daripada yang dijangkakan dan hanya memberi manfaat kepada orang berpendapatan rendah dan menurutnya, ia hanya menyelesaikan satu sisi masalah semasa.
“Sisi permintaan (demand) dijaga – tetapi bagaimana pula dengan bekalan (supply)? Untuk menggunakan metafora ‘Makcik Kiah’ yang kini mempunyai jumlah wang tunai berjumlah RM 4,200 (dan lain-lain RM 4,464 dalam simpanan dari subsidi lain dan pengecualian) – di mana dia akan membeli?” soalnya.
“Sisi pembekalan yang mana industri PKS yang semakin rapuh dan berpecah belah, telah lama bergelut dengan pertumbuhan rendah domestik dan global sebelum isu PKP, dan Covid-19 secara tiba-tiba keluar dari mana-mana merumitkan lagi keadaan. Yang terbaik digegarkan dan selebihnya dikacau,” tambah beliau.
Dalam pakej ekonomi itu yang diumumkan Muhyiddin semalam, kerajaan menyediakan lebih banyak kelonggaran pinjaman kepada PKS selain memberikan penangguhan cukai.
Berikut adalah pengumuman pakej-pakej khas berkaitan PKS yang diumum semalam:
*Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yang diumumkan terdahulu di mana Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020.
Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan untuk tiga bulan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Januari 2020 dengan memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility (SRF) untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%. SRF dilancarkan pada Februari.
Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim ini akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran. Pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.
Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman. Skim ini dilancarkan pada 2019.
KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan. Langkah ini dijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion.
Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.
Diskaun bil elektrik.
You must be logged in to post a comment.