Kematian Covid-19 naik kepada 27 orang, 159 kes baru

Seorang pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan keseluruhannya 27 kematian setakat ini dengan 159 kes baru dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhan kes positif Covid-19 setakat ini ialah 2,320 orang.

Katanya, 72 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 61 pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan semuanya 320 orang setakat ini.

FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker