Pasar di P Pinang ditutup kerana pembeli ingkar jarak sosial
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup operasi Kompleks Sri Aman di Paya Terubong dekat sini berkuat kuasa hari ini selepas pengunjung gagal mematuhi jarak sosial di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP).
MBPP dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius ketidakpatuhan itu dan mengambil langkah serta-merta menutup pasar berkenaan.
“MBPP akan terus memantau aktiviti perniagaan di bahagian pulau dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pasar, pasar raya dan premis perniagaan yang tidak mematuhi PKP.”
Sejak semalam, tersebar di media sosial kehadiran orang ramai di pasar itu dan pengunjungnya dilihat tidak mematuhi jarak sosial ketika membeli barang keperluan dan berkumpul untuk bersembang.
FMT
You must be logged in to post a comment.