Kabinet Kerajaan Muhyiddin – Tok Mat

Pelantikan Kabinet
Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Terdapat pelbagai desas desus berhubung pelantikan Kabinet yang baharu bermula, dari ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah berat sebelah.

Biar apa pun keadaannya, yang perlu difahami adalah betapa pelantikan anggota kabinet adalah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.

Namun begitu, adalah jelas bahawa UMNO selaku blok Ahli Parlimen terbesar telah diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil yang boleh dilihat daripada 2 perkara.

Pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal. Keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah Ahli Parlimen yang disumbangkan oleh UMNO dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka.

Kedua, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali.

Sekalipun ia bukanlah kepentingan paling afdal untuk UMNO memegang kedudukan Kerajaan dalam iklim politik semasa, adalah mustahak untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni saiz perwakilan parti dalam kerajaan atas 2 dasar.

Pertama, kerana ini adalah sistem Westminster. Kabinet mengamalkan Tanggungjawab Kolektif, yang hanya akan berkesan jika setiap parti diwakili dengan jumlah yang sewajarnya.

Perkara ini sangat kritikal kerana, hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, Kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan para pendukungnya. Hanya dengan yang demikian, Kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan.

Kedua, selama ini kita sememangnya mengamalkan perwakilan yang setara dengan saiz yang diwakili dan ia merupakan sistem yang berjaya. Malah, Pakatan Harapan sendiri mengamalkan pendekatan yang sama semasa menjadi Kerajaan.

Maka, adalah lebih penting dalam keadaan semasa yang menyaksikan kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar. Dengan cabaran Pandemik Covid-19, kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi, kita tidak mempunyai ruang dan masa untuk berlengah dan melakukan kesilapan.

Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa, saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar. Sebuah kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan PN. Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan.

Tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan kita untuk memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan. Timbalan Presiden UMNO, Malaysia.

Related Articles

3 Comments

    1. Perkiraan saya secara peribadi Tok Mat Hassan dilantik ke TPM dalam kabinet TSMY . Pandangan saya Tok Mat yang paling layak dalam Umno .

      Namun mereka punyai perkiraan Yang berbeza didalam membariskan anggota . Juga , PM di lihat saperti terpaksa mengikut arahan . Namun Kita faham benar kerana ini politik . Kau jaga aku , aku jaga kau . Elok Kau ikut , kalau tidak … siap Kau . Telor Kau kan aku pegang , jangan lupa . Itu nama nya politik .

      Kedua nya fakta rezeki . Sesuatu Yang susah di rezeki , tiada Peng halang nampu halang . Sesuatu Yang bukan Hak kamu , belum menjadi Hak kamu , buat Apa cara pun , tidak akan ianya jadi milik mu .

      Kita percaya Tok Mat punyai pegang an kukuh dan sentiasa jaga akidah/ iman nya . Jika bukan sekarang , masa nya masih ada . Kita sama sama mendoakan

  1. betul tu, kena terus perkukuhkan MN…dekat PRU15 jangan beri ruang pada bekas ahli parti tertentu yang melompat ke bersatu untuk bertanding…mereka harus bubar bersatu masuk kembali pada UMNO atau PAS, itupun atas budibicara 2 parti ini sama ada katak2 ini boleh dibenar bertanding atau tidak sekiranya katak2 ini mahu bertanding untuk mengekalkan kerusi parlimen/dun yang sama atau yang lain

    tidak harus ada gabungan lain selain Barisan Nasional untuk PRU15…istilah penggunaan ‘Perikatan Nasional’ hanya untuk sementara sebagai ‘political expedient platform’ yang terpaksa diwujudkan kerana keadaan memaksa untuk menyelamat & bersama biawak2 hidup(seperti bekas ahli2 UMNO, Azmin Ali & the gang) supaya mereka ini dapat kuasa(dijadikan PM) & terus berkuasa dengan jawatan2 menteri

    jenamakan semula Barisan Nasional apabila nak dekat PRU15 dimana UMNO, PAS & GPS sudah mendapat kekuatan 100%(muafakat yang terlebih 100% solid) untuk terus bergerak ke hadapan dengan lebih berkeyakinan untuk memenangi PRU15

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker