Masjid Sri Petaling akan ditutup untuk proses disinfeksi – Dr Adham Baba

Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur akan ditutup sementara dalam masa terdekat bagi membolehkan proses disinfeksi dijalankan berikutan seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif Covid-19.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sehubungan itu menggesa mereka yang menyertai perhimpunan tersebut supaya menjalankan ujian saringan dengan segera sekiranya mengalami gejala.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ruang lobi Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini selepas mengadakan lawatan di wad persediaan untuk menempatkan pesakit Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker