Covid-19: Semua peguam Najib kuarantin diri sendiri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa keseluruhan pasukan pembelaan Najib Razak kini diletakkan di bawah kuarantin rumah berikutan kebimbangan wabak Covid-19.

Ini selepas peguam utama, Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kontak dengan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Shafee, Noor Farhah Mustaffa kepada hakim Collin Lawrence Sequerah tengah hari ini.

Noor Farhah berkata Shafee mempunyai kontak dengan individu berkenaan ketika kenduri di rumahnya pada Sabtu lepas.

Najib, yang menghadapi perbicaraan berkaitan 1MDB hadir di mahkamah pada masa itu.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker