Khalid Samad harus minta maaf kepada Agong
Bekas menteri mahu Khalid Samad minta maaf kepada Agong
Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan kerajaan Perikatan Nasional membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad atas kata-kata yang menurutnya seolah-olah mempersoalkan kredibiliti Yang di-Pertuan Agong.
Redzuan Yusof berkata ucapan Khalid pada satu ceramah baru-baru ini selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah perdana menteri juga menganginkan istana mengamalkan pilih kasih kaum.
“Siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan?” kata Redzuan, bekas menteri pembangunan usahawan.
“Dia tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong. Khalid Samad harus minta maaf,” katanya kepada FMT.
ADVERTISING
Redzuan Yusof
Khalid dalam klip video yang tersebar di media sosial mendakwa Pakatan Harapan, yang menamakan Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan baru, mempunyai bilangan secukupnya.
“Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,” katanya pada satu ceramah Khamis lepas.
Sebelum ini dilaporkan kira-kira 2/3 ahli Parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu.
Ketika PH menamakan Anwar sebagai perdana menteri, gabungan itu ada sekurang-kurangnya 92 ahli Parlimen dari DAP, PKR, dan Amanah. Daripada jumlah tersebut, 59 bukan Islam, sementara hanya 33 Melayu/Islam.
Redzuan berkata Muhyiddin ada lebih dari cukup akuan berkanun yang menyokongnya sebelum bertemu Agong.
Ucapan Khalid juga mengundang kritikan daripada bekas perdana menteri Najib Razak, mengatakan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu “tidak bertanggungjawab”.
“Ia boleh menghasut bukan Melayu membenci Yang di-Pertuan Agong.”
FMT
You must be logged in to post a comment.