Wayang Belum Habis Ke, Guan Eng? PH Jadi Kerajaan 655 Hari, Apa Yang Tak Sempat?
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menempelak bekas Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih bermain wayang mengenai isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ini berikutan Setiausaha Agung Dap itu dalam satu kenyataannya yang turut disiarkan di beberapa laporan berita mengatakan berita baik mengenai PTPTN tidak sempat diumumkan kerana kerajaan PH tumbang.
Kata Guan Eng, PH telah bersetuju untuk melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka hanya selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000.
“Eh hello. You jadi kerajaan sekurang-kurangnya 655 hari. Apa yang tak sempat?
“Saya jadi PM pada April 2009. Dalam masa 6 bulan saja, terus saya umum hadiah besar PTPTN.
“Cuba check kalau tak percaya,” bidas Najib dalam satu hantaran di Facebook, sambil melampirkan pautan bagi mengesahkan faktanya. (Pautan) https://www.treasury.gov.my/arkib/2010/ucapan/ub10.pdf
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan turut memuat naik petikan ucapan Bajet 2010 itu.
“Perenggan 67 (2): Kerajaan akan menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.
“Saya mansuhkan PTPTN terus kepada pelajar cemerlang,” katanya.
Tambahnya lagi, pada tahun 2012 ketika membentangkan Bajet 2013, juga menyentuh mengenai PTPTN.
“Saya umum terus diskaun sehingga 20 peratus untuk bayaran balik PTPTN.
“Boleh check perenggan 154. (Pautan) https://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub13.pdf
“Wayang belum habis ke, Guan Eng? Sinisnya. – UMNO ONLINE
You must be logged in to post a comment.