Tak adil, bagaimana dengan banglo Guan Eng, soal Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa Jabatan Peguam Negara (AGC) bersikap tidak adil kerana mendakwanya menerima RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan 2 tahun lepas.

Ketika memberi keterangan di mahkamah di sini hari ini, beliau berkata AGC menarik balik pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri kewangan Lim Guan Eng yang didakwa membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran.

“Itu tidak adil,” katanya ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Julia Ibrahim.

“Anda mendiskriminasi saya. Anda bercakap kepada media dan merosakkan imej saya,” katanya.

ADVERTISING

Julia mengingatkannya bahawa beliau kini diperiksa balas dan hanya perlu menjawab “ya” atau “tidak”.

“Jika bekas peguam negara anda boleh menggugurkan pertuduhan terhadap bekas menteri kewangan,” katanya.

“Anda perlu tanya bekas peguam negara,” kata Julia. “Saya bukan peguam negara. Cuba bertenang.”

Pada 30 Jun 2016 Lim didakwa menggunakan jawatan atau kedudukan awamnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan suapan untuk diri dan isterinya Betty Chew dengan meluluskan permohonan menukar tanah pertanian kepada tanah perumahan dalam satu mesyuarat ecxo negeri pada 18 Julai 2014.

Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, yang lebih rendah daripada harga pasaran hartanah itu sebanyak RM4.7 juta pada masa itu.

Phang didakwa bersubahat dengan Lim.

ADVERTISING

Mereka dibebaskan pada 3 Sept 2018 oleh Mahkamah Tinggi George Town selepas AGC menggugurkan pertuduhan terhadap mereka.

Julia juga bertanya Tengku Adnan tentang wang RM2 juta yang dikatakan diterimanya daripada pengarah Aset Kayamas Chai Kin Kong bagi membiayai 2 pilihan raya kecil pada 2016, dan sama ada beliau memaklumkannya kepada Majlis Tertinggi Umno atau Najib Razak yang merupakan presiden parti pada masa itu.

“Ia tiada kena-mengenai dengan ibu pejabat Umno,” kata Tengku Adnan.

“Saya pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, dan saya boleh meminta derma daripada orang ramai, bukan sahaja Tan Sri Chai,” katanya dengan menambah bahawa Julia keliru tentang bagaimana ibu pejabat Umno dan pejabat perhubungan negerinya beroperasi.

Apabila ditanya sama ada beliau merekodkan wang tersebut di dalam akaunnya, beliau berkata, “Kami biasanya tidak merekodkan derma.”

Perbicaraan berjalan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

Tengku Adnan, atau lebih popular dengan panggilan Ku Nan, didakwa menerima RM2 juta daripada ahli perniagan Chai walaupun beliau mengetahui bahawa syraikat Chai mempunyai urus niaga dengan Kementerian Wilayah Persekutuan yang diketuainya pada masa itu.

Dalam pembelaannya, Tengku Adnan berkata, beliau tidak mendapat apa-apa faedah daripada wang RM2 juta itu, yang dibayar kepada syarikat miliknya Tadmansori Holdings Sdn Bhd pada 2016 kerana ia adalah “derma politik” yang digunakan untuk pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

FMT

Related Articles

One Comment

  1. Nan. Kena buat satu-satu dulu. Selesai kes kamu, barulah korek Guan Eng punya kes. Termasuk juga Zahid Hamidi, Tommy Thomas, Kekayaan Anwar anak beranak dan banyak lagi. Satu-satu dulu. Kalau diizinkan Allah, Kerajaan PN dapat berkuasa berpuluh tahun dan boleh betulkan banyak salahguna kuasa dan rasuah. Diharap Kerajaan nanti boleh cungkil bukan saja ahali2 politik tetapi juga Tawkey2 yand kaya raya melalui kronisma masa Mahathir.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker