Aneh Kerajaan PH… Kesihatan Pun Dikuasai ‘Free Enterprise’, Bukan Keperluan Masyarakat
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad melahirkan rasa aneh terhadap keadaan negara ini yang dipimpin oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila kesihatan pun sudah dikuasai oleh sistem ekonomi ‘free enterprise’ dan bukan oleh keperluan masyarakat.
Beliau berkata demikian berikutan situasi semasa berkaitan koronavirus yang membawa ketakutan kepada kalangan rakyat termasuklah di rantau Asia.
“Sebelum wabak koronavirus mula berlaku, rata-rata adanya kempen untuk mencegah influenza sehinggakan kain rentang dengan gambar ahli exco kesihatan Johor digantung di pagar-pagar sekolah. Yalah, hendak kempen kepada kebaikan, kalau tidak ada gambar ahli politik, bimbang juga orang tak hendak baca kain rentang kot.
“Kawan saya yang doktor, beritahu saya dia ada 87 pelanggan kliniknya yang menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin anti-influenza. Mereka menunggu kerana tidak ada vaksin berkenaan dan mereka marah-marah,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.
Beliau mempersoalkan kenapa vaksin tidak ada.
“Pelik juga kerana tentunya syarikat-syarikat ubat akan jual vaksin kalau adanya permintaan. Kena import ke? Kalau kena import, tentunya sektor swasta akan import untuk memenuhi permintaan. Ini semua fakta pasaran bebas dan aspek ‘free enterprise’ negara kita.”
Namun demikian jelasnya, ada seorang lagi kawan beliau telah ke sebuah hospital swasta dan menerima suntikan vaksin mencegah influenza.
“Eh, ada pula vaksin ini! Bayarannya mahal juga. Ikut cerita kawan saya yang bukan doktor itu. Klinik swasta kawan saya itu tidak dapat vaksin tapi hospital swasta ada pula.
“Aneh juga keadaan di negara kita ni. Kesihatan pun sudah dikuasai olih sistem ekonomi ‘free enterprise’ dan bukan oleh keperluan masyarakat,” katanya lagi. – UMNO-Online
You must be logged in to post a comment.