Malbatt: Misi Bakara kutip RM10.5 juta selepas 4 hari

Malbatt: Misi Bakara kutip RM10.5 juta selepas 4 hari

Filem yang memberi perspektif sebenar insiden ‘Black Hawk Down’ membabitkan operasi berani mati anggota Batalion Malaysia (Malbatt) menyelamatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Mogadishu, Somalia, kira-kira 30 tahun lalu, terus menguasai pawagam.

Selepas empat hari tayangan, filem Malbatt: Misi Bakara meraih kutipan RM10.5 juta, suatu pencapaian membanggakan bagi filem yang memberi penghargaan kepada pejuang negara itu.

Pengarah Malbatt: Misi Bakara, Adrian Teh sangat teruja atas sambutan penonton, apatah lagi, naskhah itu ditayangkan sempena sambutan Hari Kebangsaan, esok.

0

Berita terkini setiap pagi
Dapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudah menonton dan sudi pergi tengok filem ini di pawagam.

“Bagi saya, sambutan ini sudah tentu memberi inspirasi dan semangat kepada kami, selain, motivasi. Saya sangat bangga atas pencapaian ini.

“Jadi, kami akan teruskan perjuangan untuk mempromosikan filem Malbatt: Misi Bakaraa.

“Sebenarnya, kami ada banyak lagi yang mahu dipromosikan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia menonton filem ini,” katanya kepada BH Online.

Mengulas apakah filem Malbatt: Misi Bakara mampu mengatasi kutipan filem arahannya sebelum ini, iaitu Paskal The Movie, Teh hanya mengharapkan yang terbaik.

“Saya tidak berani cakap kerana perjalanan untuk filem Malbatt: Misi Bakara baru bermula, jadi masih jauh lagi. Kita tengok macam mana dan harap yang terbaik,” katanya.

Pada 2019, Paskal yang mengangkat kisah unit pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang juga naskhah sulung Adrian meraih kutipan RM30 juta.

Teh berkata, idea menghasilkan filem Malbatt: Misi Bakara timbul selepas menyedari misi menyelamatkan anggota tentera AS yang dipaparkan melalui filem Hollywood, Black Hawk Down pada 2001.

Sehubungan itu, Teh berharap kisah pahlawan negara itu dapat menyemai rasa cinta terhadap tanah air sempena bulan kemerdekaan.

“Filem ini diilhamkan daripada kisah benar. Ia berkisar keberanian dan kehebatan tentera Malaysia yang tidak ramai orang tahu.

“Seperti kita tahu, anggota tentera kita semuanya ‘low profile’ dan tidak suka memuji kehebatan mereka sendiri.

“Namun, saya fikir mereka adalah ‘unsung heroes’ (wira yang tidak didendang) yang patut diangkat.

“Jadi, sempena bulan kemerdekaan ini, saya harap ramai rakyat Malaysia pergi menonton filem Malbatt: Misi Bakara supaya lebih ramai tahu kehebatan mereka.

“Terima kasih kepada tentera Malaysia atas jasa dan pengorbanan mereka,” katanya.

Filem Malbatt: Misi Bakara yang mula ditayangkan di pawagam sejak 24 Ogos lalu, menampilkan pelakon hebat seperti Bront Palarae; Shaheizy Sam; Hairul Azreen; Zahiril Adzim; Iedil Dzuhrie Alaudin; Adlin Aman Ramlie; Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff.

Filem ini memaparkan kisah benar operasi anggota Malbatt membantu menyelamatkan tentera AS yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada 1993.

Operasi itu menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis daripada Malbatt 1 menyelamatkan 70 anggota tentera AS yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia. BH

Malbatt: Misi Bakara kutip RM10.5 juta selepas 4 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker