Pesawat terhempas di kebun kelapa sawit Tok Muda

Pesawat terhempas di kebun kelapa sawit Tok Muda

KLANG – Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.



Penemuan pesawat tersebut tular menerusi video berdurasi 17 saat dengan ketika ini tiada pengesahan mana-mana pihak berkuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Bomba giat cari mangsa

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.56 petang tadi.



Kata beliau, dua jentera serta empat anggota keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kapar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati benar berlaku kapal terbang terhempas dan kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan,” kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau kerja-kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa yang terlibat masih belum diketahui. K Online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker