Lelaki parah ditetak, 6 ditahan

BEAUFORT: Polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki ditetak manakala seorang lagi cedera ringan di sebuah restoran di Jalan Beaufort Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian 11.40 malam, seorang lelaki parah di kepala akibat ditetak dengan parang manakala seorang lagi luka kecil di kepala disyaki dilibas dengan tali pinggang.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir A Razak, berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca pertengkaran mulut antara pemilik restoran dengan empat pelanggan yang membeli minuman keras di restoran itu.



Katanya, pelanggan terbabit tidak puas hati apabila mendakwa pemilik restoran melayan mereka dengan kasar ketika mahu membeli minuman keras.

Azmir dalam kenyataan berkata, tidak lama selepas beredar, kumpulan lelaki berkenaan datang semula ke restoran dan berlaku pergaduhan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan itu. Polis turut merampas empat parang panjang, kapak dan tali pinggang,” katanya.

Menurut Azmir, pihaknya sedang mengesan dua lagi individu disyaki terbabit dalam pergaduhan berkenaan dan siasatan masih diteruskan.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker