Zoo tertua negara di Johor akan dibuka semula April ini

JOHOR BAHRU: Zoo Johor yang kini ditutup bagi kerja-kerja menaik taraf fasa satu akan dibuka semula kepada orang ramai pada April ini.

Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi berkata, zoo yang akan berwajah baharu itu akan menjadi antara daya tarikan di Johor, sekali gus meletakkan negeri ini sebagai destinasi pilihan utama pelancong.

“Menerusi lawatan hari ini, saya dimaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan meliputi lima zon utama iaitu balai ketibaan, pintu masuk utama, pekarangan, sebahagian sangkar burung serta tempat penyediaan makanan haiwan yang baharu.



“Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan,” katanya di Facebook

Beliau berkata, kerajaan negeri akan sentiasa komited untuk memperkukuh dan memperbaiki kualiti perkhidmatan dengan menambah baik segala prasarana dan kemudahan bagi menjadikan Johor destinasi pelancongan terbaik rantau ini.

Baru-baru ini, kerajaan negeri menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf zoo itu.

Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya ini mula dibuka pada 1928 dan merupakan zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar, mempunyai lebih 100 spesies haiwan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker