ECRL: Dr Mahathir Arah Lim Guan Eng Tutup Mulut

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar tidak memberi sebarang kenyataan membabitkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Saya telah berjumpa Dr Mahathir pagi tadi dan diminta tidak membuat sebarang kenyataan mengenai ECRL buat masa ini,” kata Lim Guan Eng kepada pemberita.

Kontroversi ECRL berlarutan sejak minggu lepas menjadi kemuncak semalam apabila bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, berkongsi garis masa facebook seorang penulis yang memaparkan surat pembatalan ECRL bertandatangan Lim Guan Eng.

Pada minggu lalu akhbar NST Singapura memetik sumber kerajaan bahawa projek ECRL telah dibatalkan. Ini disahkan oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.



Bagaimanapun, Lim Guan Eng dan Dr Mahathir mendakwa mereka tidak tahu menahu mengenai keputusan tersebut.

Rentetan pendedahan surat bertandatangan Lim Guan Eng semalam juga Dr Mahathir menyatakan surat tersebut mungkin palsu. Dr Mahathir turut memberitahu The Edge bahawa Lim Guan Eng akan membuat kenyataan mengenai kedudukan projek ECRL tersebut.

Namun arahan tutup mulut kepada Lim Guan Eng hari ini menimbulkan tanda tanya sama ada surat tersebut benar dan memang ECRL telah ditamatkan.-SUARA.TV



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker