Dua kopi Starbucks berharga RM19,297 buat pelanggan terkejut

Sepasang suami isteri di negeri Oklahoma terkejut dikenakan bayaran AS$4,456.27 (RM19,297) selepas memesan dua cawan kopi di sebuah cawangan Starbucks di bandar Tulsa, lapor akhbar New York Post semalam.

Jesse O’Dell berkata, baki akaun banknya terjejas selepas memesan kopi seperti biasa pada 7 Januari lalu.

Dia memesan secawan kopi Americano ais untuk isterinya dan frappucino karamel saiz venti (besar) untuk dirinya, dengan bayaran tambahan AS$10 (RM43.30).



Bapa empat anak itu tidak menyedari perkara yang berlaku kerana tidak segera menyemak resit pembelian.

Isterinya, Deedeee menyedari bahawa bayaran empat angka dikenakan untuk minuman mereka apabila dia tidak dapat menggunakan kad kreditnya di sebuah pusat beli-belah, lapor saluran televisyen WNEM.

Jesse tidak sedar dicaj mahal selepas membeli dua cawan kopi starbucks. – FOX23

Pasangan itu segera menghubungi syarikat Starbucks untuk mendapatkan bantuan dan pegawainya menghantar cek kepada mereka untuk menebus wang tunai tersebut tetapi cek yang dihantar adalah cek tendang.

“Kami menghubungi talian bantuan khidmat pelanggan kira-kira 30 hingga 40 kali pada hari itu,” kata Jesse sambil menambah, keluarganya terpaksa membatalkan perjalanan kerana mereka tidak mempunyai wang disebabkan kesilapan yang berlaku.



Jurucakap Starbucks memberitahu bahawa cek pertama ditendang kerana kesilapan ejaan dan cek baharu yang dihantar telah ditunaikan.

Jesse memberi nasihat kepada pelanggan lain supaya berhati-hati dengan caj dalam resit mereka supaya perkara serupa tidak berulang. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker