Jaga aibmu wahai wanita

Jaga aibmu wahai wanita

Malu dalam erti kata sebenar bukan hanya untuk wanita bahkan juga perlu ada pada kaum lelaki. Namun wanita lebih dititikberatkan memandangkan wanita memiliki sembilan nafsu yang pelbagai serta turut diingatkan bahawa di hari pembalasan kelak, wanitalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Rasulullah s.a.w bersabda daripada Ibnu Abbas dan Imran,

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR Bukhari & Muslim)



Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat.

Justeru wanita yang bertamadun dan bijak tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden dan dipandang tinggi pada mata masyarakat. Dalam soal ini, sebenarnya mana yang lebih penting, pandangan masyarakat atau pandangan Allah?

Sebagai umat Islam mementingkan pandangan Allah lebih utama dan bermakna dari mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya.



Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak.

Jangan sesekali jatuhkan maruah diri dan hilangkan kemuliaan serta penghormatan anda di mata masyarakat dengan melakukan sesuatu perbuatan yang aib sehingga dianggap tidak tahu malu. Jaga pertuturan, tindakan dan perbuatan supaya anda para wanita sentiasa mendapat rahmat Allah dan beroleh kemuliaan di kalangan para penduduk langit.

Letakkan malu pada tempat yang betul



Melihat persoalan malu yang semakin jauh dari kehidupan beragama, ini boleh jadi kerana masyarakat hari ini yang lebih memandang sesuatu dari sudut adat membuatkan mereka tidak memahami sepenuhnya dan tidak tahu menilai sejauh mana erti dan konsep malu yang perlu diikuti dan hakiki.

Sememangnya sebagai umat Islam, kita diajar dan disuruh untuk menerapkan sifat malu dalam diri. Namun tidak semua perkara perlu malu. Ada dalam hal-hal tertentu perlu dibuang sikap malu tersebut termasuklah dalam menuntut ilmu serta dalam menyatakan kebenaran sesuatu perkara.

Wanita ketika zaman Rasulullah s.a.w. tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar dicontohi.

Malu dalam masyarakat Melayu khususnya perlu diletakkan dalam konteks yang betul. Kerana itu orang tua-tua dahulu sering berpesan, “Jangan malu untuk bertanya, nanti sesat jalan”



Ini menunjukkan dalam usaha mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana Allah menyuruh hamba-hamba-Nya agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam mencari ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Sifat malu tidak boleh dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Malu pada hakikatnya menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Dalam erti kata yang sebenar, malu menjadikan seseorang melakukan sesuatu yang Allah redha dan meninggalkan apa yang dibenci-Nya. Apa pun Dr Tenas Effendy, budayawan besar Riau, ketika menghuraikan persoalan malu mengungkapkan :



Apa tanda Melayu jati?
Malu bersikap dengki-mendengki
Malu bersifat iri-mengiri
Malu bersifat khianat-mengkhianati
Malu bersifat caci-mencaci
Malu menyombong berbesar hati
Malu mungkir menyalahi janji
Malu makan kenyang sendiri
Malu menolong meminta budi
Malu bercakap dan tinggi hati
Malu meminta, rajin memberi
Malu melagak membesar diri

Jaga aibmu wahai wanita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker