Tiada hala tuju ekonomi punca Melayu tak puas hati terhadap Anwar – Khairy

Tiada hala tuju ekonomi punca Melayu tak puas hati terhadap Anwar – Khairy

Kesukaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapat sokongan orang Melayu lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya yang tiada hala tuju ekonomi, bukan “gelombang hijau” dibawa Perikatan Nasional (PN), kata Khairy Jamaluddin.

“Apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah lebih sedikit daripada kebangkitan gelombang hijau, lebih rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Melayu yang melangkaui isu 3R (kaum, agama dan raja),” kata Khairy dalam artikel di portal Singapura, Fulcrum.

Bekas ketua Pemuda Umno itu berkata negara sejak tujuh bulan lalu berdepan masalah “kekurangan hala tuju ekonomi yang jelas”, ditambah ringgit lemah serta peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa beli rakyat.

“Kemarahan orang Melayu yang ketara ini dikuatkan dengan sikap hipokrit pentadbiran sekarang, yang bercakap tentang menghapuskan rasuah dan menegakkan tadbir urus baik tetapi menampung kepimpinan Umno yang tercemar,” katanya.

Beliau merujuk keputusan tidak popular Anwar melantik Presiden Umno Zahid Hamidi sebagai salah seorang timbalan perdana menterinya.

Zahid berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi selain dakwaan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

“Apa yang kita mungkin lihat pada pilihan raya negeri adalah kurang (kesan) ‘gelombang hijau’ berbanding tsunami ketidakpuasan hati,” kata Khairy yang dipecat Umno pada Januari lalu.

Pada 17 Mei lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin secara umum menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kerana percaya Khairy mampu memberi sumbangan kepada parti.

Khairy bagaimanapun meminta masa untuk mempertimbangkan tawaran oleh Muhyiddin dan tidak mahu membuat keputusan berkait pengembaliannya ke arena politik semata-mata kerana PRN. FMT

Tiada hala tuju ekonomi punca Melayu tak puas hati terhadap Anwar – Khairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker