Datin baik hati, sewa puluhan rumah dikecualikan pada Ramadhan dan Syawal

Datin baik hati, sewa puluhan rumah dikecualikan pada Ramadhan dan Syawal

Dengan kadar nilai ringgit yang tidak menentu, ramai yang meluahkan kebimbangan dengan bebanan hidup yang semakin meningkat. Lebih-lebih lagi yang ada anak bersekolah di samping sambutan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi.

Seorang pengguna Facebook bernama Aznieha Khamis telah berkongsi tentang kebaikan seorang pemilik rumah sewa yang mengecualikan pembayaran bulanan pada setiap kali bulan puasa dan Hari Raya.



Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, pemilik rumah sewa yang baik hati ini tidak mengambil bayaran sewa selama dua bulan untuk memberi laluan kepada para penyewa membuat persediaan anak kembali ke sekolah dan sambutan hari raya juga.

“Assalamualaikum kepada penyewa-penyewa rumah dan bilik saya, untuk bulan ini dan bulan depan tiada dikenakan bayaran sewa bagi memberi laluan awak semua membuat persiapan anak naik sekolah dan persiapan raya.

“Semoga Allah permudahkna urusan kita semua. Aamiin,” kongsinya di status WhatsApp.

Malah, pemilik rumah sewa yang didakwa sentiasa merendah diri meskipun bergelar Datin. Bukan itu sahaja, Datin ini juga memiliki puluhan buah rumah yang disewakan pada ketika ini.



Hantaran wanita ini telah meraih perhatian netizen yang mana majoritinya sangat tersentuh dengan tindakan pemilik rumah sewa itu yang telah meringankan beban para penyewa lebih-lebih nak dekat sambutan puasa dan raya ini.

Ramai yang mendoakan individu tersebut agar dimurahkan rezeki dan juga berharap agar lebih ramai orang mengikuti jejak langkahnya. Tidak kurangnya juga, ada yang mengucapkan betapa beruntungnya penyewa yang mendapat pemilik rumah sebaik itu dan berminat menjadi penyewa. Vc

Datin baik hati, sewa puluhan rumah dikecualikan pada Ramadhan dan Syawal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’



Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker