Ambik kesempatan di atas kesempitan. – Zahid Hamidi

Ambik kesempatan di atas kesempitan. - Zahid Hamidi

Ambik kesempatan di atas kesempitan. – Zahid Hamidi

Janganlah melampau sangat. Inilah yang dinamakan seperti “ambik kesempatan di atas kesempitan” yang semua rakyat sedang menanggungnya.

Harga minyak masak 5kg dilapor naik mendadak lebih RM30 sejak seminggu lalu.

Meningkat hampir RM5 setiap botol berbanding RM23.90 hingga RM27.90 pada Ramadan lalu.

Pada waktu PKP 3.0 inilah mereka mahu naikkan harga. Tidak tahukah rakyat sedang susah.

Bantuan tunai akan kerajaan beri kepada rakyat bukanlah banyak. Itu pun lambat lagi untuk diterima.

Janganlah itu pun mereka sudah mula berkira-kira mahu ‘sesah’.

Kita pohon kerajaan jangan lepas tangan dalam perkara ini. Sila main peranan bantu rakyat.

Jangan terus menerus beri alasan kerajaan tidak kawal harga minyak masak dalam botol.

Jangan beri alasan harga minyak sawit mentah telah naik maka harga minyak masak pun naik.

Jika begitu apa peranan kerajaan dalam membantu mengurangkan beban masyarakat.

Minyak masak antara barangan keperluan yang penting dalam kehidupan rakyat.

Ada cadangan minyak masak botol dimasuk dalam senarai barangan kawalan seperti pek 1kg.

Kerajaan yang bertanggungjawab akan meneliti cadangan ini demi kesejahteraan rakyat.

Bukan belum apa-apa telah beri seribu alasan. Akhirnya rakyat juga ditekan kiri kanan atas dan bawah.

#minyakmasak

#BarangKawalan

#naikharga

#masakapahariini

Ambik kesempatan di atas kesempitan. – Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi

Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Jangan diam diri saja, Najib beritahu kerajaan berkait isu minyak masak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker