Didakwa hina Mahkamah, Peguam Negara mohon Isham Jalil didenda dan penjara

Isham Jalil kini berdepan tindakan penjara atau denda selepas Peguam Negara mengemukakan permohonan sepihak (ex-parte) ke atas bekas Ketua Penerangan Umno atas alasan menghina mahkamah.

Menurut laporan Utusan Online, Jabatan Peguam Negara mengemukakan permohonan tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini dengan merujuk temu bual diberikan Isham bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, portal berita itu melaporkan permohonan berkenaan disebut di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.



Bagaimanapun Sequerah diminta untuk menarik diri daripada terus mendengar permohonan berkenaan kerana pembabitan hakim terbabit dengan Isham atau isu yang disebut ahli politik terbabit.

Kandungan yang dirujuk oleh Peguam Negara itu merupakan temu bual Isham – atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil – yang disiarkan akaun Facebook The Malaya Post pada 30 Sept 2023.

Ia merupakan komen yang diberikan Isham mengenai prosiding perbicaraan dan rayuan kes membabitkan Najib Razak serta penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

Sequerah kemudian membenarkan permohonan yang dikemukakan dan kes tersebut akan didengar oleh hakim yang lain pada tarikh yang ditetapkan.



Isham merupakan salah seorang pegawai khas Najib yang kemudian dilantik menjadi ketua penerangan Umno.

Bagaimanapun kelantangannya mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid serta beberapa pemimpin lain dalam parti itu menyaksikan dia dipecat.

Menurut laporan berkenaan, afidavit yang dikemukakan ke mahkamah merujuk kepada kenyataan Isham yang mempertikaikan proses perbicaraan dan rayuan Najib.

Antara lain dia – sama ada secara tersurat atau tersirat – mencadangkan Sequerah tidak bertindak adil apabila enggan menarik diri daripada mendengar kes bekas perdana menteri berkenaan.



Kenyataan diuat Isham, kata afidavit berkenaan, mengandungi risiko nyata yang boleh menggugat keyakinan orang awam terhadap badan kehakiman dan boleh dianggap sebagai gangguan ke atas pentadbiran keadilan.

“Turut dimohon ialah perintah-perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan kos yang akan ditaksirkan kemudian,” lapor portal tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker