Bomba tangkap ular sawa 70kg

Seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram dijumpai di dalam parit di Kampung Sungai Limau, Trong di sini hari ini.

Ular sepanjang enam meter itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Mohd. Shahidan Hassan berkata, maklumat kehadiran reptilia itu diterima daripada penduduk kampung pada pukul 12.09 tengah hari.



Katanya, anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa berkenaan dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.

“Semasa proses tangkapan, ular itu agak agresif dipercayai kerana lapar sehingga menyebabkan operasi mengambil masa hampir setengah jam.

“Reptilia yang berjaya ditangkap itu dilepaskan ke habitat asal jauh dari penempatan awam atas nasihat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker