Kes rogol gadis 14 tahun, 6 remaja lelaki ditahan

Gambar Hiasan

Polis menahan enam remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun termasuk lima daripada mereka yang masih bersekolah semalam bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir membabitkan gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Hutan Melintang, September lalu.

Difahamkan, kejadian rogol itu terbongkar selepas mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Dua menceritakan apa yang dialaminya kepada seorang rakan sebelum rakannya memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu kelmarin yang dibuat ibu mangsa pada pukul 8.30 malam.

“Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku pada 24 September lalu sekitar pukul 2.30 pagi di sebuah rumah di Hutan Melintang. Remaja perempuan itu telah dijemput oleh rakan sekolahnya dan dibawa ke rumah tersebut di mana terdapat lima remaja lelaki lain sedang berehat.



“Mangsa kemudiannya telah diajak melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir dengan lima remaja tersebut kecuali lelaki yang mengajaknya ke rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lima daripada suspek yang ditahan itu bersekolah di sekolah sama dengan mangsa dan kesemua mereka direman selama tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker