Dun Asahan: 6 penjuru, Idris Haron boleh menangkah?

Dun Asahan: 6 penjuru, Idris Haron boleh menangkah?

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan tiga calon bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pertandingan enam penjuru di kerusi Asahan melibatkan Fairul Nizam Roslan calon BN, Danesh Basil (PN), Datuk Seri Idris Haron (PH) dan tiga calon bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Abdul Hamid dan Mohd Akhir Ayob.

Pegawai Pengurus (RO) Pusat Penamaan Calon DUN Asahan, Luqmannulhakim Mohamad Idris membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar pada jam 10.50 pagi selepas tamat tempoh penamaan calon pada jam 10 pagi Isnin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerusi Asahan disandang Abdul Ghafar Atan dari BN dengan majoriti 275 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). Sinar

DAP telah menyatakan pendirian mereka yang mereka tidak menyokong calon katak dan ini adalah berita buruk bagi Idris Haron.

Dun Asahan: 6 penjuru, Idris Haron boleh menangkah?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker